Tuesday, November 15, 2011

Ayam Perap Limau Bali Bersos Roselle - Kamaruzzaman


Bahan-bahan :
  • Dada Ayam - 1 keping
  • Sayur Kailan (rebus) - 6 tangkai
  • Buah badam - 4 biji
  • Jus Limau Bali - 1 biji kecil
  • Bawang Merah (dipotong dadu) - 1 biji
  • Bawang putih (dipotong dadu) - 3 ulas
  • Halia - 1 inci
  • Jus Lemon - ½ biji
  • Serbuk kunyit - 1 sudu besar
  • Kicap masin - 2 sudu besar
  • Cili Merah - 6 biji
  • Cili Padi - 3 biji
  • Garam dan Gula
  • Bunga Roselle
Cara-cara Penyediaan Ayam :
  • Gaulkan ayam bersama kunyit dan perap bersama jus limau bali dan halia selama 30 minit.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan ayam tersebut sehingga keperangan.
Cara-cara Penyediaan Sos Roselle :
  • Potong bunga Roselle kepada 2 bahagian dan dibuang bijinya.
  • Selepas itu kisar halus, bawang putih dan bawang merah.
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  • Kemudian masukkan Roselle dan sedikit jus Lemon. Taburkan sedikit gula sebagai penambah rasa.
Cara-cara Hiasan Kailan :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan merah.
  • Selepas itu, masukkan kicap masin dan akhir sekali masukkan sayur kailan yang telah direbus.
  • Gaul rata dan taburkan badam yang telah dihancurkan.

No comments:

Post a Comment