Monday, January 2, 2012

Thai Nasi Goreng Nenas - Amita


Bahan-bahan Thai Nasi Goreng Nenas :

  • 2 mangkuk Nasi Putih (disejukkan)
  • 1 biji Bawang Merah (dipotong dadu)
  • ¼ biji Nenas (dipotong dadu)
  • ½ biji Lobak Merah (dipotong dadu)
  • ¼ biji Lada Bengala
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Cili Merah (dicincang)
  • 4cm Kunyit (ditumbuk lumat)
  • 2 biji Telur
  • 4 sudu besar Minyak Masak
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 ekor Udang Besar (dipotong kecil)
  • 1 ekor Sotong (dipotong kecil)
  • 1 sudu kecil Garam


  • ½ mangkuk Daun Selasih
  • 3 sudu besar Kacang



Cara-cara :

  • Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan tumis sehingga naik bau diikuti dengan lobak merah, kunyit, bawang putih, cili merah, lada benggala dan nenas.
  • Apabila semua bahan sudah masak, masukkan telur dan kacau sehingga masak.
  • Selepas itu, masukkan sotong dan udang dan masak sehingga separuh masak.
  • Kemudian, masukkan nasi, serbuk cili, sos ikan, sos tiram dan goreng sehingga semua serata.
  • Akhir sekali, masukkan garam mengikut cita rasa sendiri dan daun selasih. Masak sehingga daun selasih layu dan perisa sekata.

No comments:

Post a Comment