Wednesday, January 4, 2012

Tortellini - Kumpulan Biru Merah


Bahan-bahan Doh Pasta :
  • 7 biji Kuning Telur
  • 1 biji Telur (kuning dan putih telur)
  • 240gm Tepung
  • 1 sudu besar Susu Segar
  • 2 sudu besar Minyak ‘Truffle’
  • 1 sudu besar Garam Laut
  • Sedikit Tepung (untuk ditabur)

Bahan-bahan Mentega Bakar :
  • 12 ekor Ikan Bilis
  • 100gm Mentega (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar Daun Thyme (dibasuh)
  • 2 biji Jus Lemon

Bahan-bahan Tomato Ceri 'Confit' :
  • 40 biji Ceri Tomato
  • 1 liter Minyak Zaitun
  • 1 sudu besar Garam Laut
  • 6 biji Lada Hitam
  • 6 tangkai Daun Thyme
  • 6 ulas Bawang Putih

Bahan-bahan Bahu Kambing :
  • 1bahagian Daging Bahu Kambing
  • 8 sudu besar Daun Thyme (dihiris halus)
  • 5 sudu besar Bawang Putih Cincang
  • 8 sudu besar Garam Laut
  • 2 sudu besar Lada Hitam

Bahan-bahan Tumisan :
  • 5 liter Stok Kambing Perang
  • 4 biji Bawang Besar Holland (dipotong dadu)
  • 3 batang Daun Saderi (dipotong dadu)
  • 4 biji Lobak (dipotong dadu)
  • 10 tangkai Daun Thyme
  • 8 tangkai Rosemary
  • 6 biji Tomato Roma Masak (dipotong dadu)
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 12 biji Lada Hitam

Bahan-bahan Buah Zaitun Panggang :
  • 40 biji Biah Zaitun Kalamata (dibasuh dan dikeringkan seketika)
  • ¼ cawan Minyak Zaitun
  • 2 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
  • 2 biji Cili Merah (dibuang bijinya dan dibasuh)
  • 1 sudu besar Gula Kastor
  • ½ biji Lemon (dipotong kepada kepingan nipis)

Cara-cara Penyediaan Doh Pasta :
  • Taburkan 240gm tepung diatas meja dan betukkan seperti gunung. Kemudian buatkan lubang dalam ditengah-tengahnya.
  • Kemudian masukkan telur (kuning telur dan seluruh telur), susu, minyak ‘truffle’ dan garam laut ditengah–tengah lubang dibuat tadi. Gaul ke semua bahan tersebut. (jangan gaul dengan tepung dahulu)
  • Dengan menggunakan tangan, gaulkan sedikit demi sedikit tepung dengan adunan telur tersebut.
  • Gaul sehingga betul-betul sebati.
  • Uli adunan tepung tersebut sehingga menjadi doh. Teruskan uli selama 15 minit.
  • Kemudian balutkan doh dengan pembalut plastic dan letakkan ke dalam peti ais seketika.

Cara-cara Penyediaan Mentega Bakar :
  • Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masak sehingga menjadi warna keperangan.
  • Kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan.
  • Masukkan daun thyme dan masukkan jus lemon.
  • Apabila buih telah naik, angkat dan hidangkan serta merta.

Cara-cara Penyediaan Tomato Ceri 'Confit' :
  • Letakkan Tomato Ceri di dalam kuali 'sauce' yang sesuai. Masukkan minyak zaitun sehingga tomato ceri itu tenggelam di dalam minyak zaitun.
  • Masukkan garam, lada hitam, thyme dan bawang putih.
  • Nyalakan api yang sederhana dan letakkan kuali tersebut diatasnya. Biarkan minyak tersebut mereneh.
  • Kemudian besarkan api dan biarkan mendidih.
  • Kemudian ketepikan kuali tersebut dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Bahu Kambing :
  • Sapukan dengan rata thyme, garam, bawang putih dan lada hitam pada daging bahu kambing. Biarkan diperap selama 30 minit.
  • Setelah daging kambing tersebut diperapkan, golekkan dalam tepung dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Goreng sehingga bahagian luar rangup. Angkat dan pindahkan ke dalam kuali yang dalam/periuk.
  • Tumis sayur-sayuran dalam minyak sedikit dalam kuali yang sama berat sehingga perang keemasan. Angkat dan tuangkan di atas daging kambing dan masukkan stok, anggur, tomato dan herba. Daging perlu tenggelam dalam stok, jika tidak tambah stok lagi.
  • Tutup periuk / kuali tersebut dengan kertas 'baking' and 2 lapisan pembalut aluminium.
  • Masukkan ke dalam ketuhar dan biarkan ia masak pada suhu 130C selama 3 jam.
  • Setelah itu, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 1 jam 30 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Buah Zaitun Panggang :
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  • Panaskan Minyak Zaitun dalam kuali. Kemudian masukkan buah zaitun kalamata dan tumis selama 2 hingga 3 minit.
  • Selepas itu, masukkan gula, cili merah, bawang putih dan lemon.
  • Gaul sebentar dan angkat dan ketepikan.
  • Kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 8 hingga 10 minit atau sehingga kulit buah zaitun sedikit kecut.
  • Keluarkan kuali tersebut dari ketuhar dan biarkan seketika selama 10 minit.
  • Kemudian masukkan thyme dan gaul sedikit dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment