Monday, January 9, 2012

Sup Ayam Kelapa Muda Bersantan Dengan Daging Panggang Merah Ala Thai - Chef Zubir


Bahan-bahan Sup Ayam Kelapa Muda Bersantan :
  • Dada Ayam
  • 2 batang Serai (diketuk)
  • 1 inci Lengkuas (dihiris)
  • 1 inci Halia
  • 4 ulas Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 5gm Herba Ketumbar
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 2gm Cili Padi
  • 100ml Air Kelapa Muda
  • 50ml Santan
  • 120gm Saderi
  • 40gm Cendawan ‘Straw’
  • 150ml Air Rebusan Ayam
  • 300gm Tepung
  • 1 sudu besar Pes Kari Hijau Thai
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

Bahan-bahan Daging Panggang Merah Ala Thai :
  • 800gm Daging Batang Pinang
  • 2gm Daun Limau Purut
  • 2gm Daun Selasih Thai
  • 10gm Batang Ketumbar
  • 1 batang Serai
  • 30ml Santan
  • 30ml Susu Cair
  • 350gm Pes Kari Merah Thai
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

Cara-cara Penyediaan Sup Ayam Kelapa Muda Bersantan :
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai, lengkuas, halia, bawang merah dan putih, daun limau purut, herba ketumbar dan cili padi sehingga naik bau.
  • Selepas itu, masukkan pes kari hijau dan kacau sehingga sebati, diikuti air rebusan ayam dan kelapa muda. Biarkan masak sementara.
  • Kemudian, tuangkan santan dan masakkan di atas api yang sederhana bersama cendawan 'straw' dan saderi.
  • Gaul bahan-bahan sehingga rata, selepas itu masukkan dada ayam dan biarkan bersama sup sehingga ayam masak.
  • Apabila ayam sudah masak, alihkan ayam dan biarkan sejuk.
  • Sesudah itu, potong ayam kepada bentuk kiub dan sebahagian lagi diracik
  • Kemudian, masukkan kiub dada ayam tadi kedalam sup, manakala bagi ayam yang diracikkan tadi, gaulkan bersama tepung dan gorengkan sehingga ranggup.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Daging Panggang Merah Ala Thai :


  • Perapkan daging batang pinang dengab pes kari merah dan panggangkan sehingga menjadi setengah masak.

  • Kemudian, panaskan sebahagian pes kari merah dengan serai, daun limau purut, daun selasih thai dan ketumbar. Gaul sehingga rata dan masukkan pula susu cair dan sedikit santan.

  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan daging batang pinang yang telah dipanggang tadi ke dalam sos pes kari merah dan biarkan masak untuk beberapa minit.

  • Sesudah itu, angkat dan hiris daging tersebut nipis-nipis.

  • Untuk hidangan, tuangkan sos tadi di atasnya.

  • No comments:

    Post a Comment