Monday, January 2, 2012

Roti Canai Bersama Dalca Sayuran & Roti Canai Buah-buahan - Danial


Bahan-bahan Roti Canai :
  • 1 doh roti canai (yang telah diluli dan disimpan semalaman)


Bahan-bahan Dalca Sayuran :
  • 6 ulas Bawang Merah Kecil
  • 5 ulas Bawang Putih
  • ½ sudu teh Jintan Manis
  • 1 sudu teh Jintan Putih
  • 1 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Daging
  • 1 batang Kayu Manis
  • 4 biji Buah Pelaga
  • 2 biji Cili kering (dipotong 2)
  • 400ml Air
  • 1 biji Tomato
  • 1 biji Cili hijau (dibelah tengah)
  • Serbuk Jintan Putih
  • Daun Kari
  • Terung Bulat (dipotong ‘wedges’ kecil)
  • Lobak Merah (dihiris bulat)
  • Tomato
  • Kacang Panjang (dipotong ukuran 2cm)
  • Ubi Kentang (dipotong ‘wedges’)
  • Kacang Dal (dimasak terlebih dahulu)

Bahan-bahan Roti Canai Buah-buahan :
  • Nenas
  • Tembikai susu
  • Pisang
  • Gula Perang

Cara-cara Penyediaan Dalca Sayuran :
  • Hiris bawang merah dan bawang putih.
  • Kemudian tumiskan kayu manis bersama buah pelaga. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih.
  • Selepas naik bau, masukkan jintan manis, jintan putih dan cili kering dan tumis.
  • Sementara itu, campurkan serbuk kari daging dan serbuk cili dalam bekas lain dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama bahan tumisan tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Apabila dah pecah minyak, masukkan kacang dal yang telah dimasak terlebih dahulu dan gaul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan air dan kacau dengan perlahan dan biarkan mendidih.
  • Apabila dah mendidih, teruskan kacau dalca tersebut supaya tidak hangit.
  • Kemudian, masukkan lobak merah dan ubi kentang.
  • Apabila sayur itu sudah masak dan lembut, masukkan kacang panjang dan terung bulat.
  • Kemudian masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau.
  • Gaul sehingga sebati dan biarkan ia masak dalam lebih kurang 1 minit dan angkat dan ketepikan.
  • Untuk roti canai, tebarkan doh roti canai sehingga menjadi besar dan lipat doh tersbut menjadi 4 segi dan masak di atas kuali yang panas dan yang telah diletakkan minyak.
  • Selepas itu, angkat dan hidangkan bersama dalca sayuran.

Cara-cara Penyediaan Roti Canai Buah-buahan :
  • Tebarkan doh roti canai (boleh di beli siap di kedai) dan letakkan nenas, tembikai susu dan pisang di atas.
  • Kemudian letakkan gula perang dan lipatkan roti canai itu dengan kemas.
  • Bakarkan roti canai di atas kuali yang panas dan diletak minyak.
  • Masak sehingga roti masak.
  • Angkat dan hidangkan di atas pinggan.

No comments:

Post a Comment