Monday, January 9, 2012

Ikan Kod Kukus Dibalut Dengan Salad Mangga Muda - Chef Kadir


Bahan-bahan Ikan Kod Stim :
  • 180gm Ikan Kod
  • ½ sudu teh Garam
  • ½ sudu teh Serbuk Lada Putih
  • 2 sudu teh Jus Lemon
  • 2 sudu besar Minyak Neuvida
  • 2 keping Kulit Beras

Bahan-bahan Salad Mangga Muda :
  • 1 biji (size sederhana) Mangga Muda (dipotong ‘Julianne’)
  • 1 sudu makan Bawang Kecil (dihiris)
  • 1 sudu makan Bunga Kantan
  • 1 sudu makan Daun Pudina
  • 1 sudu makan Daun Ketumbar
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu makan Cuka
  • 1 sudu teh Garam
  • ½ sudu teh Serbuk Lada Putih

Bahan-bahan Sos Betik dan Limau Kasturi :
  • 1 cawan Betik (tidak lebih masak)
  • ½ cawan Jus Limau Kasturi
  • 1tandan Daun Ketumbar
  • 1 sudu teh Lada Hitam (tumbuk)
  • 2 sudu besar Minyak Neuvida
  • ½ sudu teh Garam
  • 1 susu makan Gula

Bahan-bahan Krim Kentang 'Brule' :
  • 1 cawan 'Whipping' Krim
  • ½ cawan Kentang Lenyek
  • 2 biji Kuning Telur
  • ½ sudu besar Serbuk Kayu Manis
  • 1 sudu makan Keju 'Parmesan'
  • 1 sudu teh Gula Perang
  • 1 susu teh Garam

Bahan-bahan Ceri Tomato 'Glaze' :
  • 1 cawan Ceri Tomato
  • ½ sudu teh Gula
  • 1 sudu teh Cuka
  • 1 sudu teh Mentega
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 tandan Herba 'Chervil' Segar (untuk hiasan)


Cara-cara Penyediaan Ikan Kod Stim :
  • Perapkan ikan kod bersama garam, serbuk lada putih dan jus lemon. Biarkan diperap selama 5 hingga 10 minit.
  • Panaskan kuali bersama minyak neuvida dan panggang ikan kod tadi. Pastikan ikan kod dipanggang secara keseluruhan. Keluarkan dan ketepikan.
  • Selepas itu, dengan menggunakan mangkuk, campurkan mangga, bawang kecil, bunga kantan, daun pudina, daun ketumbar, gula dan cuka. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga rata dan sebati. Tambahkan garam dan lada secukup rasa.
  • Kemudian, rendamkan kulit breas didalam air suam sehingga menjadi lembut. Selepas itu, letakkan di atas meja dan letakkan salad manga dibahagian tengah pembalut tadi.
  • Susunkan pula ikan kod diatas mangga muda dan balut dengan pembalut.
  • Akhir sekali, stimkan selama 8 hingga 10 minit.

Cara-cara Penyediaan Sos Betik dan Limau Kasturi :
  • Dengan menggunakan pengisar, kisarkan kesemua bahan-bahan sehingga halus.
  • Panaskan kuali dan masukkan bahan kisaran tadi dan masak sehingga mendidih sedikit (first boiling) dan terus padamkan api.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Krim Kentang 'Brule' :
  • Panaskan 'whipping' krim dengan suhu sederhana dan masukkan kuning telur dan kentang lenyek.
  • Kacau sehingga kesemua bahan-bahan menjadi lembut dan tambahkan serbuk kayu manis dan garam.
  • Masukkan krim ke dalam acuan (ramekin) dan masak dengan menggunakan ketuhar sambil menggunakan teknik 'water bath' selama 15-20 minit.
  • Keluarkan dan hiaskan bersama keju 'parmesan' dan gula perang. Bakar dengan menggunakan pembakar (torch) sehingga menjadi perang.

Cara-cara Penyediaan Ceri Tomato 'Glaze' :
  • Celurkan ceri tomato didalam air panas dan kupaskan kulit tomato.
  • Panaskan periuk (sauté pan) dan cairkan mentega. Tambahkan gula dan cuka, gaul sehingga menjadi keperangan atau karamel.
  • Akhir sekali, masukkan ceri tomato dan tumis selama 1 minit dan keluarkan untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment