Thursday, January 5, 2012

Ayam Dua Cara - Zamir


Bahan-bahan Dada Ayam Salai :
  • 2 isi Dada Ayam
  • 1 biji Sabut Kelapa Tua
  • ½ biji Isi Kelapa (diparut)
  • 1 cawan Beras
  • 1 sudu teh Jintan Putih
  • 1 sudu teh Jintan Manis
  • 1 sudu teh Lada Hitam
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 2 batang Cili
  • 2 biji Bawang Kecil
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 biji Jus Limau Nipis
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Daun Ketumbar
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida

Bahan-bahan Peha Ayam Panggang Berinti :
  • 2 buah Peha Ayam (dibuang tulang tengahnya)
  • 3 biji Snow Peas (dihiris)
  • ½ biji Bawang Holland (didadu halus)
  • 1 biji Cili Merah (dibuang biji dan dicincang halus)
  • 4 cawan Cendawan Jepun (dicincang halus)
  • Minyak Neuvida
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

Bahan-bahan Kentang Rebus :
  • 1 biji Kentang (dipotong panjang)
  • 1 biji Lobak Merah
  • 1 biji Bawang Holland
  • 1 batang Rosemary
  • 2 Kepak Ayam
  • 1 liter Air

Bahan-bahan Salad Pedas :
  • ¼ batang Timun (dihiris nipis)
  • ¼ batang Lobak Merah (dihiris nipis)
  • ¼ biji Lada Benggala (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • Bahan-bahan untuk ditumbuk:
  • 2 biji Cili Merah
  • 50gm Kacang Tanah (dimasak)
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 biji Bawang Kecil
  • 1 biji Jus Limau Nipis

Cara-cara Penyediaan Dada Ayam Salai :
  • Rendam sabut kelapa dan beras selama 5 minit dan lepas itu gabungkan bersama bahan menyalai yang lain.
  • Kemudian, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kuali yang dilapis dengan 'aluminium foil' dan panaskan selama 10 minit atau sehingga keluar asap dengan api yang kecil.
  • Sambil itu, kisarkan semua bahan kisaran dan perap dada ayam tadi.
  • Jika sudah keluar asap, masukkan dada ayam dalam kuali tersebut dan masak selama 15-20 minit.
  • Selepas itu, 'pan-fry' sekejap di bahagian kulitnya supaya sedikit garing.

Cara-cara Penyediaan Peha Ayam Panggang Berinti
  • Mula dengan tumis snow peas, bawang holland, cili dan cendawan jepun selama 3-minit dan tapis supaay tidak lembab.
  • Sumbatkan tumisan tadi ke dalam peha ayam dan cucuk dengan lidi letak sedikit garam dan lada.
  • Masak seketika di atas kuali sehingga kulit sedikit perang dan kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180C.

Cara-cara Penyediaan Kentang Rebus :
  • Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan reneh selama 30-45 minit pada api yang paling kecil.
  • Setelah masak keluarkan kentang untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Salad Pedas :
  • Tumbuk semua bahan tumbukkan kekuali kacang tanah sehingga halus. Setelah itu, masukkan kacang tanah dan tumbuk kasar.
  • Masukkan bahan-bahan tadi bersama sayuran yang dihiris nipis ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati

No comments:

Post a Comment