Monday, January 9, 2012

Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri - Wahidan


Bahan-bahan Fillo :
  • 100gm Kacang Tanah
  • 100gm Pastri Fillo
  • 80gm Mentega
  • 350gm Gula Hiasan

Bahan-bahan Krim Kastard :
  • 6 biji Kuning Telur
  • 500ml Susu Segar
  • 3 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 300gm Gula
  • 1 sudu besar Krim Putar
  • 1 sudu besar Esen Vanilla

Bahan-bahan Sirah Buahan Beri :
  • Gula
  • Air
  • Kulit Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Buah Cerike
  • Beri Hitam

Cara-cara Penyediaan Fillo :
  • Panggang kacang tanah selama 15-20 minit dengan kepanasan 180-200C.
  • Kemudian kisarkan kacang tanah.
  • Potong pastry fillo berbentuk bulatan. Kemudian sapukan pastri dengan mentega, taburkan kacang disusuli dengan taburan gula aising.
  • Buat berulang sebanyak 3 kali.
  • Susun diatas dulang dan ditutup dengan dulang di sebelah atas agar pastri tidak mengembang.
  • Bakar selama 5 minit sehingga nampak keperangan.

Cara-cara Penyediaan Krim Kastard :
  • Panaskan susu sehingga agak suam.
  • Pukul kuning telur sehingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit.
  • Kemudian masukkan tepung dan pukul sehingga sebati.
  • Apabila susu tadi sudah suam masukkan separuh ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan adunan kedalam susu yang direneh tadi kemudian kacau hingga pekat.
  • Selepas itu, angkat dan ketepikan untuk seketika dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Cara-cara Penyediaan Sirah Buahan Beri :
  • Panaskan air bersama gula, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  • Biarkan hingga mendidih dan agak pekat.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Bahagikan kepada dua bahagian ke dalam mangkuk.
  • Masukkan buah cerike dalam mangkuk bersama buah beri hitam.
  • Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment