Sunday, January 1, 2012

Magura Dwicara - Ary Malik


Bahan-bahan Sos :

  • 4 sudu besar Serbuk Wasabi
  • ? cawan Air
  • ¼ cawan 'Mayonnaise' Jepun
  • 2 sudu teh Ebiko
  • ¼ cawan Kicap Jepun (Cair/Masin)



Bahan-bahan Nigiri :

  • 1½ cawan Beras Jepun
  • 2½ cawan Air
  • 2 sudu teh Gula
  • ½ biji Cuka/Jus Perahan Lemon
  • Wasabi



Bahan-bahan Maguro :

  • Tuna Segar/Maguro (dihiris)
  • Wasabi
  • Ebiko Mayo
  • Ebiko
  • Kicap Jepun (Cair/Masin)



Bahan-bahan Udon Goreng Kacau :

  • 4 ketul Cendawan Shitake (dihiris)
  • 7 batang Cendawan Enoki
  • 1 sudu besar Timun Jepun (dihirs halus)
  • 1 sudu besar Lobak Merah (dihiris halus)
  • ½ bungkusan Mee Udon
  • 1 sudu teh Miso
  • 1 sudu teh Kicap Jepun (Masin/Cair)
  • ½ sudu teh ‘Bonito Granules’
  • Air



Bahan-bahan 'Pan-Seared' Maguro / Tuna :

  • Tuna Segar
  • Secukup Rasa Wasabi (bahan perapan)
  • Secukup Rasa Garam (bahan perapan)
  • Secukup Rasa Lada Sulah (bahan perapan)



Cara-cara Penyediaan Sos Wasabi :

  • Gaul serbuk wasabi bersama air sehingga rata dan pekat atau boleh diubah mengikut citarasa sendiri.
  • Hidangkan di dalam mangkuk yang kecil.



Cara-cara Penyediaan Sos Ebiko Mayo (Mayonnaise Ebiko) :

  • Gaul 'Mayonnaise' dan ebiko sehingga rata dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.
  • Sedia untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Nigiri :

  • Masakkan beras Jepun bersama air di dalam periuk sehingga menjadi nasi.
  • Apabila nasi sudah masak, masukkan cuka/jus perahan lemon dan gula.
  • Gaulkan sehingga rata dan biarkan rehat seketika sebelum membentukkannya.
  • Selepas itu, bentukkannya dan letakkan sedikit wasabi dibahagian atas.



Cara-cara Penyediaan Maguro :

  • Susun tuna yang dihirs di atas nasi yang telah dibentukkan tadi.
  • Letakkan sedikit 'Mayonnaise' ebiko di atas tuna.
  • Susun sedikit ebiko di atas 'Mayonnaise' ebiko.
  • Hidangkan bersama wasabi, 'Mayonnaise' ebiko dan kicap.



Cara-cara Penyediaan Udon Goreng Kacau :

  • Perapkan tuna dengan bahan perapan.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masakkan tuna pada setiap bahagian sehingga keperangan dan separuh masak.
  • Angkatkan tuna dan ketepikan sementara.
  • Kemudian, hiriskan dengan size yang sama supaya Nampak perbezaan pada warna dibahagian luar dan dalam.
  • Hidangkan di atas soba.



Cara-cara Penyediaan 'Pan-Seared' Maguro / Tuna :

  • Perapkan tuna dengan bahan perapan.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masakkan tuna pada setiap bahagian sehingga keperangan dan separuh masak.
  • Angkatkan tuna dan ketepikan sementara.
  • Kemudian, hiriskan dengan size yang sama supaya Nampak perbezaan pada warna dibahagian luar dan dalam.
  • Hidangkan di atas soba.

No comments:

Post a Comment