Tuesday, January 31, 2012

Puding Roti Karamel


Bhn2
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara2
Cara membuat gula hangus ,
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas).
Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.



Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
Blend sekejap agar sebati.
Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
Sy kukus lebih kurang 30 mins
 

No comments:

Post a Comment