Monday, January 2, 2012

Krim Puff - Zamir


Bahan-bahan Pastri :

  • 50ml Susu
  • 50ml Air
  • 60ml Mentega
  • 110g Tepung
  • 2 biji Telur
  • Secubit Garam



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 3 biji Kuning Telur
  • 100ml Susu
  • 100ml Krim
  • 75gm Gula Kasar
  • 1 sudu kecil Estrak Vanilla
  • 1 sudu besar Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Susu (untuk campuran tepung)



Bahan-bahan Sos Coklat Cili :

  • 100gm Coklat (dipotong kasar)
  • 100ml Krim
  • 1 tangkai Cili (dipotong dadu kecil)
  • Secubit Garam



Cara-cara Penyediaan Pastri :

  • Panaskan susu, air dan mentega sehingga sebelum takat didih.
  • Selepas itu, masukkan tepung dan garam dan masak selama 6 minit atau sehingga doh tidak melekat dan menjadi satu bola.
  • Padamkan api dan masukkan telur satu per satu sambil memukul sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan doh ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan di atas dulang pembakar mengikut bentuk yang dihendaki.
  • Akhir sekali bakar didalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180C.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Panaskan campuran susu dan krim bersama estrak vanilla sehingga sebelum takat didih.
  • Sambil itu, pukul kuning telur bersama gula sehingga sebati.
  • Setelah susu sudah panas, tuangkan ke dalam campuran telur secara perlahan-lahan sambil memukulnya menggunakan 'whisk'.
  • Selepas itu, masukkan campuran tadi ke dalam periuk dan gaulkan sehingga panas.
  • Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan 2 sudu susu.
  • Gaul bahan-bahan sehingga sebati dan masak sehingga pekat.



Cara-cara Penyediaan Sos Coklat Cili :

  • Masukkan ke semua bahan ke dalam mangkuk dan masakkan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
  • Gaul bahan-bahan sehingga coklat sudah cair.

No comments:

Post a Comment