Monday, January 2, 2012

Consoneme Tom Yum - Felix


Bahan-bahan :

  • 12 batang Serai
  • 4inci Lengkuas
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 4 biji Bawang Merah
  • ½ batang Lobak Merah
  • ½ cawan ‘Cauliflower’
  • ½ batang Saderi
  • ½ keping Dada Ayam
  • Secukup Rasa Maggi Cukup Rasa
  • 12-16 keping Daun Limau Purut (dipotong kasar)
  • 1 genggam Daun Ketumbar (dipotong kasar)
  • 2 biji Telur Putih
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Garam
  • 3 biji Jus Limau Nipis



Bahan-bahan Renehan Santan Thai :

  • ½ cawan Santan Kotak
  • 1 cawan Air
  • 4cm Lengkuas (dihiris kasar)
  • 4cm Halia (dihiris kasar)
  • 3 batang Serai (dititk)
  • 8 helai Daun Llimau Purut
  • 4 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar Gula Melaka
  • 2 biji Jus Limau Nipis
  • 1 tangkai Cili Padi Hijau



Cara-cara :

  • Masukkan serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah, ‘cauliflower’, saderi dan dada ayam ke dalam periuk dan isi air sehingga menutupi bahan-bahan.
  • Tutup periuk dan masak dengan menggunakan suhu yang maksima sehingga mendidih.
  • Selepas itu, perlahankan api dan reneh selama 20 minit.
  • Kemudian, masukkan pula Maggi Cukup Rasa, daun limau purut, daun ketumbar dan renehkan selama 5 minit.
  • Perisakan dengan gula, garam dan jus limau.
  • Apabila sudah perisakan , tapis keluar semua bahan-bahan tomyum dan masukkan sup ke dalam periuk yang bersih.
  • Kemudian, pukul telur putih dan masukkan ke dalam sup tom yum. Kacau dan kuatkan api hingga sup mula mendidih.
  • Apabila telur sudah masak, perlahankan api dan biar mereneh tanpa menggunakan penutup periuk selama 20-30 minit.
  • Selepas siap dimasak, lapiskan penapis dengan menggunakan tuala dapur yang bersih dan tapiskan sup. Sup yang keluar sepatutnya amat jernih seperti air dan tanpa minyak.



Cara-cara Penyediaan Renehan Santan Thai :

  • Campurkan semua bahan renehan santan di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
  • Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh selama 15 minit.
  • Selepas itu, masukkan sotong sumbat dan masak selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, keluarkan sotong dan potong kepada beberapa hirisan setebal 1cm.

No comments:

Post a Comment