Monday, January 2, 2012

Mosaic Tuna-Ebiko Gulungan Avocado-Tuna - Felix


Bahan-bahan :
  • 1 ketul Tuna (berukuran 4x1)
  • 1 ketul Tuna (berukuran 3x2)
  • 1 biji Avocado (dipotong dadu)
  • 1 biji Jus Lemon
  • ¼ cawan Wasabi
  • ¼ cawan Ebiko (hitam, kuning, merah dan oren)
  • 2 sudu besar Daun Shisho
  • ½ cawan 'Mayonnaise'
  • ¼ cawan Kicap Jepun
  • Secukup Rasa Gula

Cara-cara :
  • Lenyekkan avocado dan perasakan dengan jus limau dan gula dan ratakan dengan hirisan tuna.
  • Kemudian, bahagikan tuna kepada dua bahagian. Salutkan satu bahagian dengan wasabi dan perisakan dengan garam.
  • Selepas itu, masakkan di atas kuali yang panas sehingga keperangan bagi setiap bahagian. Pastikan tidak terlebih masak. Potongkan kebada 3 bahagian.
  • Bagi penyediaan baki tuna yang dibahagi dua tadi, perapkan dengan jus lemon, kecap jepun dan gula.
  • Kemudian, apabila telah menyejat bahan perapan, potong kepada 3 bahagian.
  • Susun potongan tuna tadi di atas pinggan hidangan dan taburkan ebiko yang berlainan warna di atasnya.
  • Campurkan 'Mayonnaise' dan wasabi dan perasakan dengan jus lemon dan garam. Susunkan di atas pinggan hidangan tadi.
  • Hidangkan juga bersama campuran kicap dan jus lemon sebagai sos ponzu.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment