- 160gm Batang Pinang Biri-Biri
- 30gm Bawang Besar (dicincang)
- 3gm Serbuk kunyit
- 5gm Serbuk Cili
- 10gm Serbuk Jintan Putih
- 5gm Halia (dicincang)
- 10gm Bawang Putih (dicincang)
- 30ml Air
- Secukup Rasa Garam
- Secukup Rasa Serbuk Lada Putih
- 5ml Minyak Masak
Bahan-bahan 'Cutlet' Bayam :
- 60gm Kentang (dilenyek)
- 5gm Bawang Putih (dicincang)
- 10gm Bawang Besar (dicincang)
- 20gm Sayur Bayam Segar (rebus dan dicincang)
- 20gm Kacang Hijau
- 5gm Serbuk Kunyit
- 5gm Serbuk Jintan Putih
- 10gm Daun Ketumbar (di hiris)
- 60gm Mentega
- 50ml Krim 'Whipping'
- 5gm Jintan Putih Kering
- Secukup Rasa Garam
- Secukup Rasa Serbuk Lada Putih
Bahan-bahan Parkoras :
- 20gm Lobak Merah (dipotong 'Julianne')
- 20gm Terung (dipotong 'Julianne')
- 10gm Bawang Besar (dihiris halus)
- 40gm Tepung Kacang Kuda
- 5gm Jintan Putih
- 5gm Cili Merah (dipotong 'Julianne')
- 1 biji Telur
- Sedikit Air
- Secukup Rasa Garam
- Secukup Rasa Serbuk Lada Putih
- Minyak Masak
Bahan-bahan Acar Raita :
- 20gm Timun (dibuang kulit, dipotong kiub)
- 30gm Tomato Segar (dibuang kulit, dipotong kiub)
- 10gm Bawang Besar (dipotong kiub)
- 3gm Cili Merah (di buang biji, dipotong kiub)
- 2gm Jintan Putih Kering (ditumis, dipotong kiub)
- 1 biji Buah Lemon (jus diperah dan kulit lemon dihiris)
- Secukup Rasa Gula
- Secukup Rasa Garam
- Secukup Rasa Lada
Bahan-bahan Sos Pudina :
- 15ml Dadih
- 30gm Daun Pudina Segar
- Secukup Rasa Garam
- Secukup Rasa Lada
Cara-cara Penyediaan Bebiri Masala :
- Panaskan kuali dengan suhu sederhana tumis bawang besar, halia dan bawang putih sehingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan serbuk jintan, serbuk cili, serbuk kunyit dan air, masak bahan-bahan tersebut sehinga menjadi pes masala.
- Panaskan kuali dengan suhu sederhana, masukkan sedikit minyak dan panggang daging kambing biri-biri yang telah di perasakan dengan garam dan lada putih, dan masak sehingga keperangan.
- Selepas itu, perapkan kambing biri-biri bersama pes masala dan ketepikan.
- Kemudian, masukkan ke dalam 'roasting pan' dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 7-9 minit.
- Akhir sekali keluarkan dari ketuhar dan tuangkan lebihan masala ke atas biri-biri.
- Ketepikan untuk hidangan.
Cara-cara Penyediaan 'Cutlet' Bayam :
- Panaskan periuk bersama air, dan rebuskan kentang sehingga lembut dan empuk. Keluarkan dan lenyekkan.
- Selepas itu, panaskan kuali bersama sedikit minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
- Selepas itu, masukkan serbuk kunyit dan serbuk jintan putih dan jintan putih kering, tumis sehingga sebati. Masukkan pula daun ketumbar, sayur bayam dan kacang hijau.
- Gaul sementara dan masukkan pula krim 'whipping' dan tambahkan garam dan lada secukup rasa.
- Keluarkan campuran kentang dan biarkan sejuk sebentar. Selepas itu, bentukkan ramuan 'cutlet' menjadi bentuk bulat.
- Akhir sekali, panaskan kuali bersama minyak dan masak ke dua bahagian 'cutlet' dengan mengunakan mentega di dalam kuali yang telah dipanaskan.
- Ketepikan untuk hidangan.
Cara-cara Penyediaan Parkoras :
- Campurkan lobak merah, bawang dan terung ke dalam campuran tepung kacang kuda dan jintan putih. Tambahkan sedikit air dan gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata.
- Perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
- Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan sayur 'parkoras' sehingga rangup.
- Ketepikan untuk hidangan.
Cara-cara Penyediaan Acar Raita :
- Panaskan kuali dan masukan, gula ,lemon jus dan air. Masak sehinga menjadi pekat.
- Kemudian, campurkan timun, tomato, cili merah, hirisan kulit lemon dan jintan ke dalam kuali, dan masak sehingga lembut.
- Perasakan ia dengan garam dan lada secukup rasa.
- Ketepikan untuk hidangan.
Cara-cara Penyediaan Sos Pudina :
- Campurkan daun pudina segar dan dadih ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Ketepikan untuk hidangan.
Susunan Hidangan :
- Susunkan 'cutlet' bayam dan kentang diatas pinggan hidangan.
- Kemudian, susunkan hirisan daging kambing biri-biri diatas 'cutlet'.
- Hidangkan bersama sayur 'parkoras' disebelah daging kambing biri-biri.
- Dan tuangkan sos dadih pudina disekeliling pinggan.
- Hidangkan sayur parkoras bersama acar raita.
- Hiaskan dengan daun ketumbar.
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment