Monday, January 2, 2012

Krim Puff Dengan Coulis Blackberry, Praline Badam & Mascarpone Putar - Felix


Bahan-bahan Choux Pastri :

  • 6 sudu besar Air
  • 6 sudu besar Susu
  • 85gm Tepung Gandum
  • 40gm Mentega
  • 3 biji Telur



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 125ml Susu
  • 125ml Krim
  • 3 biji Kuning Telur
  • 3 sudu besar Gula Halus
  • 1 ½ sudu besar Tepung Gandum
  • Secubit Garam
  • 1 sudu teh Estrak Vanilla



Bahan-bahan 'Coulis Blackberry' :

  • ½ cawan Blackberry
  • ½ cawan Gula Kasar
  • ½ cawan Air



Bahan-bahan 'Praline' Badam :

  • ½ cawan Badam
  • ½ cawan Gula
  • Secubit Garam



Bahan-bahan 'Mascarpone' Putar :

  • ½ cawan 'Mascarpone'
  • Secukup Rasa Gula



Cara-cara Penyediaan Choux Pastri :

  • Campurkan mentega, air dan susu ke dalam dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Apabila mentega sudah cair, masukkan tepung gandum.
  • Perlahankan api dan kacau choux pastri sehingga tidak melekat di bahagian tepi periuk dan mula masukkan telur satu per satu. Pastikan setiap telur dipukul sebelum memasukkan teur yang lain.
  • Gaul bahan-bahan sehingga sebati dan masak selama 5 minit.
  • Kemudian, masukkan ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan ke atas dulang pembakar.
  • Selepas siap, masak di dalam ketuhar selama 15-20 minit atau sampai permukaannya berwarna perang keemasan.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Campurkan susu dan krim ke dalam periuk dan panaskan sehingga sebelum takat didih.
  • Pada masa yang sama, pukul telur kuning bersama gula, garam, vanilla essence dan tepung hingga sebati.
  • Sambil mengacau, masukkan semua campuran krim sedikit demi sedikit ke dalam susu supaya telur tidak termasak.
  • Masuk balik campuran ini ke dalam periuk dan kacau diatas api yang perlahan sehingga masak dan pekat.



Cara-cara Penyediaan 'Coulis Blackberry' :

  • Kisarkan semua bahan dalam dengan menggunakan pengisar dan masukkan bahan kisaran ke dalam periuk.
  • Masak selama 10 minit dan selepas itu, tapis keluar biji dan 'fibre' dalam blackberry.
  • Kuah yang terhasil akan dijadikan sos coulis.



Cara-cara Penyediaan 'Praline' Badam :

  • Bakar badam dalam ketuhar pada suhu 180C sehingga ranggup.
  • Kemudian, cairkan gula dan garam di atas kuali dan masukkan badam.
  • Kacaukan hingga gula mencair dan salutkan setiap biji badam dengan gula.
  • Letakkan diatas kertas pembakar dan biarkan menyejuk dan mengeras.
  • Akhir sekali, hancurkan badam dengan menggunakan lesung batu.



Cara-cara Penyediaan 'Mascarpone' Putar :

  • Pukul mascarpone dengan gula sehingga sebati.
  • Hidangkan bersama elemen krim puff yang lain.

No comments:

Post a Comment