Monday, January 2, 2012

Sotong Sumbat Dalam Renehan Santan Thai - Ezani


Bahan-bahan Sotong Sumbat :

  • 1 ekor Sotong Besar (dibersihkan, dibuang kulit luar, kepak dan kepala)
  • 4 ekor Udang Besar (dibuang kulit dan parut)
  • ½ ulas Bawang Putih
  • ½ batang Cili Merah
  • 1 biji Kulit Limau Nipis (diparut)
  • 2 sudu besar Sos Ikan (Nampla)
  • 1 sudu besar Gula Melaka (diparut halus)
  • 1 biji Jus limau Nipis



Bahan-bahan Renehan Santan Thai :

  • ½ cawan Santan Kotak
  • 1 cawan Air
  • 4cm Lengkuas (dihiris kasar)
  • 4cm Halia (dihiris kasar)
  • 3 batang Serai (dititk)
  • 8 helai Daun Llimau Purut
  • 4 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar Gula Melaka
  • 2 biji Jus Limau Nipis
  • 1 tangkai Cili Padi Hijau



Cara-cara Penyediaan Sotong Sumbat :

  • Kisarkan udang, bawang putih, kulit limau nipis dan cili merah.
  • Tambahkan sos ikan, gula melaka dan jus limau.
  • Sumbatkan kisaran udang ke dalam sotong dan tutupkan hujung sotong dengan lidi.



Cara-cara Penyediaan Renehan Santan Thai :

  • Campurkan semua bahan renehan santan di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
  • Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh selama 15 minit.
  • Selepas itu, masukkan sotong sumbat dan masak selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, keluarkan sotong dan potong kepada beberapa hirisan setebal 1cm.

No comments:

Post a Comment