Monday, January 2, 2012

Ikan Bakar - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :

    • 5 ekor Ikan Siakap
    • 3 sudu besar Serbuk Cili
    • 2 sudu besar Serbuk Jintan Manis
    • 2 sudu besar Serbuk Kunyit
    • 2 sudu kecil Garam
    • 8 helai Daun Kunyit
    • 4 helai Daun Pisang



Bahan-bahan Sambal Limau :

  • 5 biji Bawang Besar
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1½ inci Halia
  • 15 tangkai Cili Kering
  • 1 sudu kecil Belacan
  • 3 biji Jus Limau Nipis
  • 3 helai Daun Limau Purut (dikoyakkan)
  • 2 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Gula
  • 50ml Minyak Neuvida
  • 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa



Bahan-bahan Kicap Cili Padi :

  • 2 cawan Kicap Manis
  • ¾ cawan Cuka
  • ½ cawan Gula (dilarut dalam air panas)
  • 15 tangkai Cili Padi (dihiris)
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris halus)



Cara-cara Penyediaan ikan Bakar :

  • Basuh beras terlebih dahulu sebanyak 3 kali, kemudian rendam untuk seketika.
  • Sementara menunggu beras tapi kembang, sediakan bahan tumisan.
  • Panaskan periuk bagi mencairkan minyak sapi untuk menumis bawang besar merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga agak keperangan.
  • Kemudian masukkan 2 sekawan dan juga serai. Tumis sehingga naik bau.
  • Tapiskan beras yang direndam tadi dan masukkan air panas hingga menutupi beras.
  • Biarkan sehingga air tadi mendidih, masukkan daun pandan yang telah disimpul.
  • Apabila air telah hampir kering, masukkan susu sejat dan bahan perasa.
  • Kecilkan api dan biarkan sehingga nasi dah cukup masak.
  • Angkat dan hidangkan semasa masih panas.



Cara-cara Penyediaan Sambal Limau :

  • Kisarkan bersama, bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan belacan. Masukkan sedikit air agar dapat dikisar halus.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi dengan api yang sederhana besar. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan daun lima purut, jus limau nipis, garam, gula dan Maggi Cukup Rasa. Masak selama 4 minit.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.



Cara-cara Penyediaan Kicap Cili Padi :

  • Campur kesemua bahan dan gaul sehingga sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan.



Kumpulan Biru: Zamir (Ketua), Wahidan, Ary Malik, Ezani

No comments:

Post a Comment