Monday, January 2, 2012

Hidangan Si Pandan Ayam - Imelda


Bahan-bahan Pandan Ayam :

  • 1 keping Dada Ayam (dihiris 1 inci)
  • ½ cawan Santan
  • 3 sudu makan Air
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 5 biji Bawang Merah
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 inci Halia
  • 1 biji Cili Padi
  • 1 batang Serai
  • Semua bahan dikisar halus



Bahan-bahan Sos Cili Manis :

  • 3 biji Cili Merah
  • 1 biji Cili Padi
  • 30ml Air
  • 1 biji Jus Limau Nipis
  • 3 sudu Gula
  • 1 ulas Bawang Putih
  • Secukup Rasa Garam



Bahan-bahan Salad Mangga :

  • ½ biji Mangga (dimayang halus)
  • ½ biji Jambu Batu (dimayang halus)
  • 10 helai Daun Selasih (dihiris nipis)
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Nampla



Cara-cara Penyediaan Pandan Ayam

  • Kisarkan bahan kisar sehingga lumat dan perisakan bersama garam dan gula.
  • Kemudian, perapkan ayam dengan bahan yang dikisar tadi selama 15 minit.
  • Sesudah diperap, ikatkan dengan daun pandan kemas-kemas.
  • Kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit, keluarkan dari ketuhar dan goreng sehingga garing dengan minyak yang sedikit.
  • Goreng hingga masak dan alihkan ke tepi untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sos Cili Manis :

  • Kisarkan cili merah, cili padi dan bawang putih sehingga halus.
  • Kemudian panaskan di atas kuali dan biarkan masak.
  • Tambahkan air dan gula dan masak sehingga pekat dan tambahkan limau.
  • Ubah rasa mengikut kesesuian.



Cara-cara Penyediaan Salad Mangga :

  • Campurkan, mangga dan jambu batu dengan daun selasih.
  • Gaul sehingga sebati dan masukkan, nampla, gula.
  • Gaul bahan-bahan sehingga rata.

No comments:

Post a Comment