Monday, January 2, 2012

Krim Puff - Amita


Bahan-bahan Choux Paste :

  • 120gm Susu
  • 120gm Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • 170gm Tepung
  • 4 biji Telur
  • 110gm Mentega



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 300ml Susu
  • 3biji Telur Kuning
  • 4 biji Bunga Cengkih
  • 40gm Gula Kastor
  • 2 sudu besar Tepung Jagung



Bahan-bahan Sos Butterscoth :

  • 50gm Gula
  • 100ml Susu
  • 1 sudu besar Mentega
  • 2 sudu besar Air



Cara-cara Penyediaan Choux Paste :

  • Panaskan susu, garam, air dan mentega sehingga mentega mencair.
  • Kemudian, masukkan tepung, dan gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga campuran tidak melekat pada periuk.
  • Selepas itu, perlahankan api dan masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam campuran tadi. Pastikan telur dipukul supaya sebati bersama campuran.
  • Apabila bahan-bahan tersebut sebati, masukkan ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan ke bentuk bulat di atas dulang ketuhar yang telah dilapiskan dengan kertas minyak.
  • Selepas siap, panaskan ketuhar pada suhu 190C dan bakar sehingga krim puff kembang kira-kira 15-20 minit.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Panaskan 150ml susu dan bakinya dicampurkan dengan tepung jagung, telur kuning, gula dan bunga cengkih. Pukul sehingga sebati.
  • Selepas itu, tuang sedikit susu panas ke dalam campuran telur dan tuangkan semula campuran telur tadi ke dalam susu panas.
  • Kemudian, masak campuran tadi di atas 'bain marie' sehingga krim pastri menjadi pekat.
  • Apabila sudah pekat, sejukkan krim pastri tadi ke dalam peti sejuk.



Cara-cara Penyediaan Sos Butterscoth :

  • Panaskan gula bersama air supaya menjadi karamel.
  • Kemudian masukkan susu dan mentega ke dalam karamel dan gaul sehingga sebati

No comments:

Post a Comment