Monday, January 2, 2012

Ikan Siakap Rebus, Ikan Pekasam & Sos Hollandaise - Chef Amran


Bahan-bahan Ikan Siakap Rebus :

  • 4 ‘Fillet’ Ikan Siakap
  • 1 liter Stok ‘Bonito’/Stok Ikan Putih
  • 2 sudu besar Kicap Soya Cair
  • 4 inci Halia (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh Lada Hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu teh Minyak Bijan
  • Secukup Rasa Garam



Bahan-bahan Sos Hollandaise :

  • 1 keping kecil Ikan Tenggiri Masam (digoreng dan dilenyekkan)
  • 1 cawan Mentega (dicairkan)
  • 5 biji Jus Limau Kasturi
  • 3 biji Kuning Telur
  • 1/2 cawan Air Panas
  • Secukup Rasa Garam dan Gula



Cara-cara Penyediaan Ikan Siakap Rebus :

  • Dengan menggunakan periuk (heavy-based saucepan), campurkan stok ‘bonito’/stok ikan putih, halia, kicap soya cair, minyak bujan, garam dan lada.
  • Masak stok tersebuk sehingga menggelegak dan perlahankan api supaya stok tadi ditahap didih sahaja.
  • Sementara itu, sediakan ikan dengan meratakan garam dan lada dikeseluruhan ikan. Kemudian, gulungkan ikan dan balutkan dengan menggunakan pembalut plastik (cling film) dan lipan dipenghujungnya.
  • Tusukkan dengan menggunakan lidi dan rebuskan selama 5 hingga 10 minit atau sehingga masak.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sos Hollandaise :

  • Masukkan mentega dan ikan pekasam didalam mangkuk dan tambahkan kuning telur. Pukul sehingga sebati dan masukkan garam dan jus limau.
  • Masakkan dengan menggunakan kaedah ‘double boiling’, dan sentiasa pukul sehingga lembut dan pekat.



Hiasan:Kepingan sotong kering bergula dan bergaram.

No comments:

Post a Comment