Tuesday, January 31, 2012

Peach Trifle Pudding


Bahan bahannya

1 batang swiss roll mocha ( atau apa apa perisa pun boleh )
1 tin buah peach
Serbuk agar agar ( sy guna brand swallow warna hijau )

Bahan utk kastard

1 tin susu cair
1 mangkuk kecil ( size tafufa ) air
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard

Caranya

Kek dipotong dan disusun kedalam bekas
Basahkan kek dengan sedikit air buah
Campurkan 4 sudu tepung kastard kedalam air
Masak susu cair dan gula.
Biarkan ianya reneh sebentar
Masukkan kastard tadi dan masak hingga pekat
Matikan api dan tuang diatas kek
Biarkan ia sejuk sebentar
Kemudian susun buah peach yg telah dipotong
diatas kastard tadi
Masak agar agar mengikut arahan yg tertera dipacket tersebut
Apabila masak tuang keatas kek tersebut
Biarkan ia sejuk sebentar kemudian masukkan ke dalam peti ice
Enak dimakan sejuk

** Jika anda tidak suka buah peach, anda boleh tukar ke buah lain
Saya guna agar agar jenama swallow kerana ianya cepat mengeras

No comments:

Post a Comment