Monday, January 2, 2012

Nasi Minyak - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :

  • 4 cawan Beras
  • 5 cawan Air
  • ½ cawan Susu Sejat
  • 2 biji Bawang Besar (dikisar kasar)
  • 3 batang Kulit Kayu Manis
  • 5 biji Buah Pelaga
  • 4 sudu besar Minyak Sapi
  • 7 helai Daun Pandan (diikat)
  • 2 sudu teh Garam
  • 4 sudu besar Minyak Sapi
  • 2 ketul Maggi Stok Ayam



Cara-cara :

  • 1. Tumis bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga dengan minyak sapi sehingga naik harum, lebih kurang 10 minit. Selepas itu angkat dan ketepikan.

  • 2. Basuh beras sehingga air jernih. Kemudian masukkan beras tersebut bersama air ke dalam periuk. Masak beras tersebut.

  • 3. Sementara itu, masukkan daun pandan, susu sejat dan bahan tumisan tadi. Biarkan nasi masak bersama bahan-bahan tersebut dengan api yang besar.

  • 4. Kemudian masukkan garam dan Maggi Stok Ayam dan kacau sehingga sebati.

  • 5. Selepas itu, perlahankan api dan tutup periuk supaya nasi masak dan tidak mentah.

  • 6. Periksa nasi selepas kira-kira 15 minit.

  • 7. Apabila nasi sudah agak masak, kacau dengan pelahan (bahagian bawah periuk) supaya nasi tidak hangus dan melekat pada bawah periuk.

  • 8. Biarkan nasi masak seketika dan tutup api dan ketepikan.



  • Kumpulan Merah: Imelda(Ketua), Brian, Amita, Felix

    No comments:

    Post a Comment