Tuesday, January 31, 2012

Ayam Panggang Sambal Serai Manis


Bahan2nya
4 keping peha ayam - sederhana siz nya
4 batang serai
2 inch halia
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
Bahan di atas dikisar
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar (Bawang Jepun) - di potong dadu kechil
Minyak masak (Canola/Kachang/Sayur)

Cara2nya.
Panaskan sedikit minyak (2sbr) dikuali. Goreng bawang besar, bila ia sudah lembut masukan bahan2 yang di kisar.Gaulkan kepingan ayam dengan kunyit dan garam. Bila sambal serai sudah bangkit letakan garam & gula secukup rasa. Masukan ayam dalam kuali, gaulkan rata2. Kechilkan api dan tutup kauli. Biarkan ia berwap dan masak selama 10mins. Balikan ayam selepas itu. Angkat ayamnya dan letakan ke dulang yang sudah di selaput dengan aluminium foil, untuk di panggang. Buburkan sambal serai diatas ayamnya. Panaskan oven ke paras 160C, grill setting. Grilled ayam dalam oven selama 15 to 20mins hingga masak.


No comments:

Post a Comment