Monday, January 2, 2012

Nasi Bawang Aroma - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :

  • 5kg Beras Basmathi
  • 2 biji Bawang Merah Besar (dimayang)
  • 1 labu Bawang Putih (dimayang)
  • 1 biji Halia (dimayang)
  • 2 batang Serai (dititik)
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 5 biji Buah Pelaga (dititik)
  • 1 tin Minyak Sapi
  • 160ml Susu Sejat
  • Secukup rasa Garam dan Lada Hitam
  • 5 helai Daun Pandan
  • Rempah 2 sekawan



Cara-cara :

  • Basuh beras terlebih dahulu sebanyak 3 kali, kemudian rendam untuk seketika.
  • Sementara menunggu beras tapi kembang, sediakan bahan tumisan.
  • Panaskan periuk bagi mencairkan minyak sapi untuk menumis bawang besar merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga agak keperangan.
  • Kemudian masukkan 2 sekawan dan juga serai. Tumis sehingga naik bau.
  • Tapiskan beras yang direndam tadi dan masukkan air panas hingga menutupi beras.
  • Biarkan sehingga air tadi mendidih, masukkan daun pandan yang telah disimpul.
  • Apabila air telah hampir kering, masukkan susu sejat dan bahan perasa.
  • Kecilkan api dan biarkan sehingga nasi dah cukup masak.
  • Angkat dan hidangkan semasa masih panas.



Kumpulan Biru: Zamir (Ketua), Wahidan, Ary Malik, Ezani

No comments:

Post a Comment