Monday, January 2, 2012

Krim Puff - Ezani


Bahan-bahan Choux Pastri :

  • 1 cawan Air
  • 75gm Mentega
  • 1 cawan Tepung
  • ½ sudu kecil Garam
  • 3 biji Telur



Bahan-bahan Krim Pastri :

  • 1½ cawan Susu
  • 1 sudu kecil Estrak Vanilla
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Mentega



Cara-cara Penyediaan Choux Pastri :

  • Panaskan air bersama mentega dan apabila mentega mencair, masukkan campuran tepung dan garam dan kacau dengan air yang perlahan sehingga menjadi doh. Teruskan memasak dan gaulkan sehinngga menjadi doh selama 3 minit lagi.
  • Kemudian, keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk. Pukul doh dengan pemutar elektrik supaya dapat menyejukkan doh sedikit.
  • Selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
  • Selepas siap, masukkan adunan tadi ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan di atas kertas pembakar.
  • Akhir sekali bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200C selama 10 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 20 minit.



Cara-cara Penyediaan Krim Pastri :

  • Panaskan susu dengan esen vanilla dan pada masa yang sama, pukul telur dengan tepung dan gula.
  • Kemudian, tuangkan susu panas ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati. Selepas itu, tuangkan semula ke dalam periuk dan kacaukan dengan api perlahan sehingga pekat.
  • Apabila sudah pekat, padamkan api dan masukkan mentega ke dalam krim pastry.
  • Akhir sekali, masukkan krim pastry ke dalam ‘piping bag’ dan paipkan ke dalam krim puff.

No comments:

Post a Comment