Thursday, December 1, 2011

Mee Goreng Mamak H.M.C - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Mee Goreng Mamak :
  • 10kg Mee Kuning
  • 7 biji Bawang Besar Holland
  • 2 labu Bawang Putih
  • 350gm Tauhu
  • 1kg Udang
  • 1/2kg Sotong
  • 1 ikat Daun Kucai
  • 2 ikat Sawi
  • 1kg Taugeh
  • 5 biji Telur
  • 150gm Gula
  • 150gm Pes Kari
  • 50ml Sos Ikan
  • 2 botol Sos Cili
  • 70ml Kicap Manis
  • 3 tangkai Daun Kari

Bahan-bahan Cucur Kosong Mee Goreng Mamak :
  • 200gm Tepung
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 sudu kecil Garam
  • Maggi Cukup Rasa

Cara-cara Penyediaan Mee Goreng Mamak :
  • Hiris bawang besar dan bawang putih.
  • Kupas kulit udang dan sotong kemudian bersihkan dan potong udang serta sotong mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Goreng tauhu hingga agak kekuningan kemudian angkat dan potong dadu.
  • Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang besar dan bawang putih hingga agak kekuningan, masukkan pes kari bersama daun kari sehingga naik minyak dan aroma.
  • Masukkan udang dan sotong, gaul sehingga masak.
  • Masukkan mee kuning bersama sos ikan, sos cili dan kicap.
  • Gaul mee tadi sehingga sebati selama 10 minit.
  • Masukkan gula secukup rasa.
  • Kemudian masukkan sayur sawi, daun kucai, telur akhir sekali taugeh.
  • Gaul sehingga sebati.
  • Angkat dan hidangkan.

Cara-cara Penyediaan Cucur Kosong Mee Goreng Mamak :
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
  • Masukkan 1 sudu besar serbuk cili.
  • Kemudian masukkan 2 biji telur ke dalamnya.
  • Seterusnya masukkan air dan gaul.
  • Kalau adunan tepung nampak agak cair tambahkan lagi sedikit tepung.
  • Selepas itu, masukkan garam 1 sudu kecil dan Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil.
  • Gaul semua adunan tepung dan siap digoreng.

Kumpulan Biru: Saiful(Ketua Kumpulan), Amita, Kamaruzzaman, Felix, Deena, Danial, Ezani, Zuraidah, Wahidan.

No comments:

Post a Comment