Wednesday, December 14, 2011

Cream Puff


  •  Bahan - bahan untuk choux pastry ( adunan untuk buat creampuff / eclairs / dll )
* 45g butter cap halal jakim
* 100ml air kosong
* 60g tepung gandum ( nak halus sila ayak )
* 2bijik telur ayam made in malaysia yang telah dicuci hookay !
* sedikit gula cap prai ( aku tambah )
* sedikit esen vanilla ( untuk hilang kan bau telur --> terpulang ikot resepi asal , memang takde pun

selesai di paip kan di atas loyan,  sila sapu telur kuning


  • Langkah - langkah sila langkah kaki kanan

* Masukkan butter , gula dan air dalam periuk cap Helang import dari Langkawi, masak sehingga mereka berdua serasi dan sebati. Api sederhana besar jer.
* Bila dah mendidih , sila masukkan apa yang patut , iaitu tepung yang halus mulus dan tulus selepas di ayak.
* Kacau sehingga likat , dan secara konsisten. Sila keluarkan tenaga yang maksima sehingga timbul urat - urat gagah di kulit tangan anda. haha..
* Jika ianya cair , masukkan tepung sikit , dan kalau keras , masukkan air.
* Biarkan ia kesejukkan.
* Kemudian , masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
* Masukkan dalam piping beg / acuan semperit pun boleh ( hehe..)
* Guna nozel bercorak bintang di langit , dan paip kan di atas loyang yang sudah digris*
* Sembur sedikit air jampi bomoh siam keatas puff sebelum dibakor.
* Sila seksa creampuff itu tanpa belas kasihan di dalam oven dengan suhu mencecah  220c selama 15 minit , kemudian turun kan suhu pada 190c dan tambah lagi 15minit atau sehingga ia masak / keperangan. Kalau hingga kehitaman itu , creampuff anda telah bertukar menjadi cpuff versi hero Bollywood. Takpe , yang hitam itu menawan , cuma pahit sikit la.
* Dah masak , keluarkan dari oven dan sejukkan ia didalam suhu bilik darjah.
* Sila belah dada creampuff anda dan boleh paipkan filling. Boleh di belah secara melintang , cucuk lubang dari bawah , atau pun dicincang halus. Terpulang pada anda. Anda yang makan kan.hehe..
* Nak nampak creampuff tu lebih menarik , tertarik , kau memang da boom ! Deco - deco la sikit. Hiaskan dengan coklat , fresh fruits atau kalau dah malas sangat tahap dugong , ayak je dengan gula icing cap Prai.hehe..

* digris : ialah loyang / dulang bakar yang telah disapu dengan marjerin / minyak / shortening bagi mengelakkan ianya melekat.

dibiar ia kesejukkan di dalam suhu bilik darjah

  • Bahan - bahan untuk krim pastri
2 cawan (500ml) susu UHT
½ cawan (100gm) gula
1 biji kuning telur
1 biji telur
4 ½ sudu (30gm) tepung jagung
3 sudu (20gm) tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

( campur semua bahan di atas dan masak atas api dapur sehingga likat )
 
Antara tips untuk creampuff :

~Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat.

~Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.

~Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry.

~Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rongga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi.

~Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry.

No comments:

Post a Comment