Monday, December 19, 2011

Mousse Coklat - Chef Johari


Bahan-bahan :

  • 120gm Coklat Putih ('bittersweet' atau 'semisweet' – dipotong ketulan)
  • 2 biji Telur Kuning (saiz besar)
  • 60gm Gula Halus
  • ½ sudu kecil Extrak Vanila Tulen
  • 250 ml ‘Whipping’ Krim (35-40% kandungan lemak)



Hiasan :

  • 'Whipped' Krim
  • Raspberries Segar
  • Coklat (diparut)



Cara-cara :

  • Panaskan periuk bersama 50ml krim.
  • Sementara itu, dengan menggunakan periuk 'stainless steel' bersaiz sederhana yang telah dipanaskan, masukkan ketulan kecil coklat dan kacaukan ia sehingga coklat itu cair dengan sempurna.
  • Selepas itu, masukkan coklat cair tadi ke dalam krim yang dipanaskan.
  • Pada masa yang sama, pukul telur kuning dan campurkan ia ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati. Tutup dan masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk sementara.
  • Sementara bahan-bahan tadi menyejuk, pukulkan 'whipping' krim di dalam bekas yang lain bersama gula dan extrak vanila sehingga ia menjadi adunan yang lembut.
  • Kemudian, keluarkan bahan yang telah disejukkan tadi. Kacau ia dengan perlahan dan masukkan 2 sudu penuh 'whipping' krim ke dalam campuran coklat tadi untuk cairkan warnanya.
  • Kemudian salutkan baki 'whipping' krim ke dalam campuran coklat dan gaulkan secara perlahan sehingga sebati.
  • Akhir sekali, letakkan 'mousse' coklat dengan menggunakan sudu dan massukan ia ke dalam pinggan atau gelas untuk 6 hidangan mengikut citarasa. Tutup dan sejukkan untuk beberapa jam.



Untuk Hidangan :
Hidangkan 'Mousse' coklat yang telah disejukkan tadi bersama 'whipped' krim, raspberries segar, buah-buahan segar, kacang tumbuk, serbuk atau parutan coklat, puri buah dan sebagainya mengikut citarasa.

No comments:

Post a Comment