Tuesday, December 13, 2011

Nasi Air Mawar Bersama Raita Bawang - Zuraidah


Bahan-bahan :
  • 1 biji Limau Nipis
  • 1 cawan Beras
  • 1 cawan Krim
  • ½ cawan Air Mawar
  • ½ biji Bawang Besar (dimayang)
  • 2cm Halia (dimayang halus)
  • 2 ulas Bawang Putih (dimayang)
  • Daun Pandan
  • Sedikit Minyak
  • ½ cawan Air
  • 1 Kulit Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 2 biji Buah Pelaga
  • 4 biji Bunga Cengkih
  • 1 sudu teh Rempah Kari

Cara-cara :
  • Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelage sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan rempah kari.
  • Masukkan cream dan air dan tunggu sahaja. Ia menggelegak dan masak sedikit garam.
  • Masukkan air mawar dan beras dan masak nasi sampai masak.
  • Untuk memasak raita bawang, mayang bawang besar dan celur sehingga masak dan sejukkan sebentar.
  • Pukul krim sehingga kembang dan perah sedikit limau nipis, garam dan sedikit serbuk kari dan mayang daun kari dan gaulkan semua adunan sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment