Wednesday, December 7, 2011

Gulai Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri - Danial


Bahan-bahan :
  • 4 biji Bawang Merah Kecil (dikisar halus)
  • 4 ulas Bawang Putih (dikisar halus)
  • 1 biji Cili Padi Hijau (dikisar halus)
  • 3cm Kunyit Hidup (dikisar halus)
  • 1 Keping Asam
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 2 helai Daun Limau Parut
  • 3 ketul Ikan Tenggiri
  • Garam
  • Gula
  • Lada Sulah
  • Santan

Cara-cara :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan serai dan secawan air bersama 1 keping asam.
  • Kacau hingga naik bau kemudian masukkan pula ikan tenggiri.
  • Selepas beberapa minit keluarkan asam keping dan masukkan santan.
  • Apabila sudah hampir pekat masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Sedia untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Masukkan gulai lemak kedalam mangkuk hidangan dan sedia untuk dihidangkan.
  • Gulai lemak cili padi ini sesuai dimakan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment