Monday, December 19, 2011

Kulfi Pelaga, Falooda Saffron & Bakarkhani - Chef Riz


Bahan-bahan Kulfi Pelaga :

  • 1 keping Roti
  • 200ml Krim Putar
  • 400ml Susu Sejat
  • 400ml Susu Pekat Manis
  • 1 sudu kecil Buah Pelage
  • 250gm Badam (dibuang kulit dan dihiris)
  • 50gm Kacang Pistachio
  • Garam



Bahan-bahan Falooda Saffron :

  • 50gm Soo Hoon
  • 1 sudu kecil Saffron
  • 300ml Air
  • 125gm Gula
  • 200ml Air Mawar


  • 2cm Halia
  • 3 helai Daun Pandan



Bahan-bahan bakarkhani :

  • 500gm Tepung Roti
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1½ sudu kecil Garam
  • 11gm Yis/Ibu Roti
  • 125ml Air Suam
  • 250ml Susu Suam
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Air Mawar
  • 150ml Ghee
  • 3 sudu besar Hirisan Badam
  • 2 sudu besar Kismis Campur



Cara-cara Penyediaan Kulfi Pelaga :

  • Kisarkan roti dengan menggunakan pengisar hingga menjadi serbuk roti.
  • Kemudian, dengan menggunakan pengisar makanan, pukul krim bersama susu sejat hingga sedikit pekat.
  • Selepas itu, masukan serbuk roti, susu pekat manis, dan serbuk buah pelaga dan badam. Gaul sehingga sebati.
  • Masukan bahan tadi ke dalam bekas, dan sejuk-bekukan ia semalaman sebelum dihidang.



Cara-cara Penyediaan Falooda Saffron :

  • Panaskan periuk dan renihkan air bersama gula, saffron, daun pandan dan halia.
  • Selepas itu, masak soo hoon hingga kembang. Kemudian toskan airnya dan tapiskan bersama sedikit ketulan ais supaya tidak melekat.



Cara-cara Penyediaan Bakarkhani :

  • Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
  • Kemudian, larutkan yis dalam air suam hingga buih mula timbul, campurkan dengan susu, air mawar.
  • Dengan mengunakan mesin pemproses makanan, uli doh dengan mengadun tepung bersama campuran air tadi hingga doh yang licin terbentuk, rehatkan doh selama 10 minit.
  • Kemudian masukan mentega cair dan badam. Uli dengan rata. Rehatkan di tempat suam dan tutupkan dengan kain.
  • Bahagikan kepada bahagian doh yg lebih kecil dan canaikan ia kepada bentuk roti.
  • Gliskan dulang pembakar dengan ghee, bakar roti di dalam ketuhar selama 5-7 minit, pada suhu 170C.
  • Sebelum menghidang, roti sedap di panggang di atas kuali leper bersama sedikit ghee.



Untuk Hiasan :
1 biji Buah Mangga dan sedikit Daun Pudina


Cara-cara Hidangan :
Hidangkan roti nan, bersama kulfi pelaga, falooda dan buah mangga. Hias bersama daun pudina.

No comments:

Post a Comment