Tuesday, December 13, 2011

Udang Getak dan Sos Mayonis Limau - Ary Malik


Bahan-bahan :
  • 3 ekor Udang Getak (ambil bahagian ekor sahaja)
  • Garam
  • Lada Hitam (hancur/kisar)
  • Lada Benggala Merah
  • 3 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • ½ Bawang Holland (dicincang halus)
  • Herba Dill
  • Mayonis
  • Krim
  • Perisa Secukup Rasa
  • 1 biji Tomato Tin dan 3 sudu besar sosnya
  • 6 kiub Coklat Putih
  • ¾ cawan Coklat Serbuk Koko
  • Mentega
  • ½ Buah Pear (dibuang biji)

Cara-cara Penyediaan Udang :
  • Panaskan air bersama dengan sedikit bawang holland, bawang putih dan garam.
  • Kemudian celurkan udang getak sehingga ianya tukar warna (lebih kurang 1-2 minit). Toskan dan ketepikan

Cara-cara Penyediaan Sos Mayonis Limau :
  • Campurkan 3 sudu besar mayonis dan tambahkan garam dan lada hitam kisar sebagai perisa. Masukkan 1 sudu besar jus perahan limau nipis.
  • Panaskan 1 sudu minyak dan masukkan bahan campuran. Tutup api sebelum ia mendidih dan masukkan herba dill yang dicincang.
  • Apabila hendak dihidang, letakkan 1 sudu teh sos di atas udang getak dan taburkan sedikit herba dill.

Cara-cara Penyediaan Buah Pear Direndidih :
  • Panaskan air di dalam periuk, masukkan secubit garam dan 2 sudu besar gula. Masukkan 1 sudu teh lada hitam dikisar.
  • Masak secara rendidih sehingga buah pear lembut dan empuk. Tos dan letak tepi.

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat Ganache :
  • Panaskan periuk bersama air. Kemudian coklat putih dan 3 sudu besar mentega bersama 1 sudu besar gula dan cairkan.
  • Masukkan ¼ krim sehingga sebati.
  • Tutup api dan masukkan 1 sudu teh limau nipis jus dan 1 sudu teh mentega sehingga cair. Biar rehat seketika.
  • Kemudian tuangkan ke atas buah pear apabila hendak dihidangkan.

No comments:

Post a Comment