Tuesday, December 20, 2011

Ponteh Lidah Lembu dan Ulam Raja - Amita


Bahan-bahan Ponteh Lidah Lembu dan Ulam Raja :

  • 15 biji Bawang Merah Kecil
  • 5 biji Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • 1 ½ sudu besar Taucu (ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar Kicap Hitam Pekat
  • 3 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 400gm Lidah Lembu (dipotong nipis memanjang)
  • 2 cawan Air
  • 2 sudu besar Minyak



Bahan-bahan Sambal Ulam Raja :

  • Daun Raja (dicuci bersih)
  • 2 tangkai Cili Merah (dipotong)


  • ½ biji Jus Limau Nipis
  • 2cm Belacan (dibakar)
  • Garam



Cara-cara Penyediaan Ponteh Lidah Lembu dan Ulam Raja :

  • Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan hali bersama campuran air dan sedikit minyak.
  • Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau wangi. Selepas itu masukkan taucu dan kicap pekat.
  • Gaul bahan sehingga rata dan masukkan lidah selama beberapa minit.
  • Kemudian masukkan air dan renehkan sehingga kuah menjadi pekat.
  • Perasakan bersama gula dan garam dan biarkan ia masak selama 5 minit.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Sambal Ulam Raja :

  • Tumbuk cili sehingga halus dan campurkan belacan bakar dan jus limau. Gaulkan atau tumbuk sehingga semua menjadi sebati.
  • Perasakan bersama garam.
  • Hidangkan bersama ulam raja.



Susunan Hidangan :

  • Tuangkan pongteh lidah lembu ke dalam pinggan hidangan.

  • Hidangkan bersama ulam raja dan sambal.

  • Sedia untuk dihidangkan.


  • No comments:

    Post a Comment