Monday, December 19, 2011

Tart Labu Savoury - Zamir


Bahan-bahan Tart :

  • 250gm Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Krim Keju
  • 100gm Mentega
  • 1 biji Telur
  • 3 sudu Krim



Bahan-bahan Labu Savoury :

  • 100gm Labu (dipotong dadu)
  • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu kecil Serbuk Cili Kasar
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida
  • 1 sudu kecil Lada Hitam
  • 250ml Krim
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Mustard Dijon (kasar)
  • Secukup rasa Garam
  • ½ biji Bawang Holland (dipotong dadu)



Bahan-bahan Sos Krim Keju :

  • 2 sudu besar Krim Keju
  • 1 sudu besar Mustard Dijon
  • 2 sudu besar Krim



Cara-cara Penyediaan Tart :

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor dan kisarkan sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti kasar.
  • Setelah itu, keluarkan adunan dan uli adunan menggunakan tangan sehingga menjadi satu doh yang agak keras.
  • Biarkan rehat selama 10-15 minit jika ada masa.
  • Setelah itu, potongkan sedikit doh dan mengikut saiz yang dikehendaki dan leperkan senipis 1cm.
  • Masukan doh ke dalam acuan dan bakar selama 15-20minit pada suhu 170–180C.
  • Selepas itu keluarkan dari ketuhar dan ketepikan untuk membiarkan ia sejuk sebentar.



Cara-cara Penyediaan Labu Savoury :

  • Perapkan labu bersama serbuk jintan putih, serbuk cili kasar, lada hitam, garam dan minyak neuvida.
  • Selepas 5 minit, masak labu selama 10 minit atau sehingga empuk.
  • Sambil itu, masak bawang holland juga selama 2 minit.
  • Setelah labu masak, kisarkan sehingga halus.
  • Kemudian, campurkan labu kisar dan bawang bersama krim, telur, mustard dijon dan garam dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan inti ke dalam kulit tart tadi dan bakar semula suhu 170C selama 10 minit.



Cara-cara Penyediaan Sos Krim Keju :

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment