Tuesday, December 13, 2011

Ayam Badam & Rendidih Buah Pear Ala Gulab Jamun - Azlina


Bahan-bahan Ayam Badam :
  • 2 cawan Yogurt
  • 1 dada Ayam (potong penjang)
  • 1 sudu kecil Kari Daging
  • ½ sudu kecil Biji Halba
  • ½ sudu kecil Jintan Manis
  • 2 biji Buah Pelaga (dipecahkan)
  • 2 ulas Bawang Putih (potong kasar)
  • ½ biji Bawang Besar (potong kasar)
  • ½ inci Halia (potong kasar)
  • ½ biji Cili Hijau (potong kasar)
  • 3 sudu besar Krim

Bahan-bahan Rendidih Buah Pear Ala Gulab Jamun :
  • 1 cawan Air
  • ½ Buah Pear (di buang kulit)
  • 3 sudu besar Gula
  • 2 biji Buah Pelaga
  • 1 sudu kecil Air Mawar
  • 1 Bunga Lawang
  • 1 batang Kayu Manis

Cara-cara Penyediaan Ayam Badam :
  • Perapkan ayam dengan, 1 cawan yogurt, kari daging, biji halba, jintan manis, buah pelaga, bawang putih, bawang besar dan halia selama 15 minit.
  • Bakarkan di dalam over selama 10 minit.
  • Bahan perapan di tumis dengan bawang putih, besar dan badam.
  • Selepas ditumis, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  • Tuangkan semula ke dalam pan dan tumis dan masukkan ayam.
  • Tuangkan krim dan ubah suai rasa dan hidang.

Cara-cara Penyediaan Rendidih Buah Pear Ala Gulab Jamun :
  • Campurkan kesemua bahan di atas dalam pot dan didihkan sehingga menjadi sira dan buah pear menjadi lembut.

No comments:

Post a Comment