Tuesday, December 20, 2011

Soto Makasar - Wahidan


Bahan-bahan :

  • Lidah lembu (dipotong mengikut citarasa)
  • Rempah 4 Sekawan
  • 2 labu Bawang Besar (dihiris)
  • 100gm Kacang Tanah
  • 50gm Halia (dihiris)
  • 30gm Lengkuas (dihiris)
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 2 sudu teh Serbuk Ketumbar
  • 1 paket Maggi Cukup Rasa



Cara-cara :

  • Sangai kacang tanah selama 15 minit dan kisarkan. Selepas itu, tapiskan supaya halus.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, halia dan lengkuas sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan rempah 4 secawan, serbuk ketumbar dan ahkir sekali serai.
  • Gaul sehingga keperangan dan masukkan air. Biarkan masak sampai mendidih.
  • Kemudian masukkan lidah lembu ke dalam bahan tumisan tadi. Gaul sehingga sebati.
  • Perasakan bersama garam, gula, lada hitam dan akhir sekali Maggi Cukup Rasa.



Susunan Hidangan :

  • Tuangkan coto makasar di atas pinggan hidangan.
  • Sedap dimakan bersama nasi.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment