Wednesday, December 14, 2011

Sup Bawang - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 6 biji Bawang Besar (dipotong separuh bulan dan hirisan halus)
  • 3 sudu besar Minyak
  • 1 Tangkai Rosemary
  • 2 liter Stok Ayam (kalau boleh gantikan dengan stok lembu)
  • Garam dan Serbuk Lada Hitam
  • 8 Keping Roti Perancis (dipotong bulat atau bentuk yang digemari)
  • ½ cawan Keju Parmesan

Cara-cara :
  • Tumis bawang dengan minyak sehingga berwarna perang dan harum.
  • Selepas itu, renehkan bawang goreng dalam stok ayam sehingga rasa sup sudah cukup pekat bersama-sama dengan rosemary.
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam mengikut cita rasa sendiri.
  • Bakar roti perancis di dalam ketuhar sehingga ranggup. Taburkan keju di atas roti dan bakar sehingga cair.
  • Tuangkan sup di dalam mangkuk dan letakkan roti perancis di tengah-tengah sup.


Kumpulan Merah: Shahriah (Ketua), Wahidan, Amita, Azlina, Deena, Danial

No comments:

Post a Comment