Tuesday, December 20, 2011

Kepak Ayam Inti Udang Harimau & Poket Harta - Chef Dato Ringo


Bahan-bahan Kepak Ayam Inti Udang Harimau :

  • 3 ketul Kepak Ayam
  • 300gm Isi Udang Harimau
  • 3 biji Sengkuang Cina
  • Sepohon Daun Ketumbar (dihiris)
  • Garam
  • Gula
  • Pati Ayam
  • Serbuk Lada Putih
  • Minyak Bijan
  • Tepung Ubi



Bahan-bahan Sos :

  • ½ sudu teh Sos Tiram
  • 300gm Sup Ayam


  • Tepung Ubi
  • 1 sudu teh Sos Abalone



Bahan-bahan Poket Harta :

  • 80gm Kacang 'Edamamae'
  • 3 keping 'Abura Age'
  • 80gm Buah Labu (dipotong dadu)
  • 80gm Isi Kepak Ayam
  • 5gm Hirisan Udang Kering
  • 5gm Cili Padi
  • 2gm Lobak Manis/‘Chai Poh’
  • 150gm Sup Ayam
  • 10 helai Daun Bawang (yang telah dimasak)
  • Garam
  • Gula
  • Pati Ayam (Chicken Stok)
  • Tepung Ubi



Hiasan:100gram Cendawan Putih (White Fungus - telah siap di proses)


Cara-cara Penyediaan Kepak Ayam Inti Udang Harimau :

  • Keluarkan tulang dari kepak ayam yang telah dibersihkan.
  • Kemudian masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada putih di atas kepak ayam. Gaulkan kepak ayam tersebut agar rasanya menjadi sebati.
  • Selepas itu, bersihkan dan keringkan isi udang harimau, kemudian isinya dicincang dan dihancurkan.
  • Masukkan sedikit garam, gula, pati ayam, tepung ubi, dan juga minyak bijian ke dalam isi udang yang telah dihancurkan. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Seterusnya, masukkan isi udang harimau yang telah disebatikan tadi ke dalam kepak ayam.
  • Kemudian gunakan pencucuk satay untuk mencucuk kepak ayam tersebut.
  • Akhir sekali, panaskan kuali bersama minyak, dan gorengkan kepak ayam tersebut dengan api yang perlahan selama 12 minit.



Cara-cara Penyediaan Sos :

  • Campurkan sos tiram, sup ayam, tepung ubi dan juga sos abalone.
  • Gaulkan ia sehingga sebati.



Cara-cara Penyediaan Poket Harta :

  • Masak/Rebus buah labu terlebih dahulu sehingga ia menjadi lembik.
  • Kemudian, masukkan sedikit garam, gula, dan juga pati ayam (Chicken Stok) ke dalam buah labu. Selepas itu, asingkan labu tersebut ke dalam bekas yang kering dan biarkan sejuk.
  • Seterusnya, panaskan kuali bersama minyak, dan gorengkan udang kering dengan api yang perlahan sehingga ia menjadi wangi.
  • Masukkan sedikit cili padi, 'Cai Poh' (lobak manis) dan gorengkan ia bersama udang kering tersebut.
  • Kemudian, masukkan sup ayam ke dalam kuali. Seterusnya, masukkan buah labu dan pastikan ia dimasak dengan menggunakan api yang perlahan.
  • Apabila labu mula menjadi lembik, masukkan sedikit tepung ubi ke dalam hidangan tersebut.
  • Selepas itu, bungkus inti tersebut dengan kepingan 'Abura Age' dan ikat 'Abura Age' tersebut dengan menggunakan daun bawang yang telah siap dimasak/rebus.
  • Seterusnya, tuangkan sedikit sos di atas Poket Harta dan panaskan ia selama 3 minit.

No comments:

Post a Comment