Tuesday, December 13, 2011

Lobak Puyuh, Dumpling Puyuh Bersama Sos Manis Masam Buah Delima - Chef Johari


Bahan-bahan Lobak Puyuh :
  • 100gm Burung Puyuh (hiris ke bentuk jalur atau kisarkan)
  • ½ biji Lobak (kisarkan atau potong kepada bentuk kecil)
  • 1 kuntum Bunga Turnip (saiz sederhana – hiris atau kisar halus)
  • 4 biji Bawang (hiris atau kisar halus)
  • 2 sudu besar 5 serbuk rempah (Pok Aun Thong)
  • ½ sudu kecil Lada Sulah
  • 8 sudu besar Tepung Jagung/Tepung Hup Leong
  • 1 biji Telur
  • Garam
  • 2 keping Kulit Tauhu besar (untuk balut Lobak - buat sebanyak 35 ketul)

Bahan-bahan 'Dumpling' Puyuh :
  • 3 biji Cendawan Kering Cina
  • 100gm Daging Puyuh Cincang (Ground Quail)
  • 100gm Daging Ayam Cincang bersama lemak
  • 2 sudu besar Pucuk Buluh (dalam tin/segar – dicincang halus)
  • 2 sudu besar Air Buah Berangan (Buah Berangan dicincang halus)
  • 2 biji Daun Bawang (dicincang halus)
  • 2 sudu teh Halia (dicincang)
  • 1 sudu teh Minyak Bijan
  • 1 ½ sudu teh Cuka Beras
  • 1 sudu teh Sos Soya
  • 1 sudu teh Gula Pasir
  • 20 keping Kulit Wantan
  • 4 cawan Minyak Sayuran (untuk menggoreng)

Bahan-bahan Sos Manis Masam Buah Delima :
  • 1 cawan Buah Delima (isi)
  • 5 biji Cili Thai (dicincang halus)
  • 500ml Sirap ‘Maple’
  • 3 sudu besar Cuka ‘Cider’
  • 4 sudu besar Sos Soya (light soya sauce)
  • 2 sudu teh Halia (dicincang)
  • 1 sudu kecil Lengkuas (dicincang)
  • 3 ulas Bawang Putih (ditumbuk sekali)
  • ¼ sudu teh Lada Sulah
  • ¼ sudu teh Serbuk Paprika

Cara-cara Penyediaan Lobak Puyuh :
  • Campurkan kesemua bahan, kecuali kulit tauhu. Gaul sehingga sebati.
  • Potong Kulit Tauhu kepada ukuran 8x6 inci. Ambil lebih kurang 4 sudu besar dari adunan lobak tadi, dan letakkan di atas kulit tauhu dan gulungkan kulit tauhu tersebut (seperti bentuk gulungan).
  • Ambil tepung jagung yang dicampur sedikit air panas dan gaulkan. Sapu tepung jagung tersebut pada hujung kulit tauhu yang digulung tadi supaya kulit tauhu melekat dan gulungan tauhu tidak akan terbuka apabila menggoreng nanti.
  • Kemudian masukkan ia ke dalam Pengukus dan kukus selama 8 hingga 10 minit.
  • Selepas dikukus, keluarkan dan goreng gulungan lobak tersebut di dalam minyak panas sehingga warna keperangan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan 'Dumpling' Puyuh :
  • Masukkan cendawan kering cina ke dalam air panas selama 20 hingga 30 minit. Biarkan sehingga cendawan tersebut menjadi lembut. Keluarkan tangkai cendawan dan cincang dengan halus.
  • Campurkan cendawan yang dicincang tadi bersama daging puyuh cincang, daging ayam cincang bersama lemak, pucuk buluh, air buah berangan, daun bawang, halia cincang, minyak bijan, cuka beras, sos soya dan gula pasir di dalam mangkuk sederhana. Gaul sehingga sebati.
  • Bukakan kulit wantan. Dengan menggunakan sudu kecil, ambil adunan tadi dan letakkan di atas di tengah-tengah kulit wantan.
  • Basahkan hujung kulit wantan tersebut dengan air (boleh juga menggunakan telur). Dengan berhati–hati, lipat/bungkus wantan ke atas isi/adunan tadi.
  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan antara 160°c and 170°c. Gorengkan 'Dumpling' sehingga menjadi keperangan (2 hingga 3 minit).
  • Hidangkan 'Dumpling' dengan sos masam manis buah delima, sos soya atau sos cili.

Cara-cara Penyediaan Sos Masam Manis Buah Delima :
  • Campurkan cili, sirap ‘maple’, cuka, sos soya, halia, bawang putih, lada sulah dan serbuk paprika.
  • Reneh kan bahan-bahan tersebut di dalam ‘saucepan’/periuk dan kacau selalu di atas api yang perlahan sehingga sos menjadi pekat (lebih kurang 30 minit).
  • Apabila sos telah sejuk, masukkan buah delima and kacau sehingga sebati. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga diperlukan.

No comments:

Post a Comment