Tuesday, December 20, 2011

Karipap Lidah Lembu Ala Mamak - Danial


Bahan-bahan Inti Lidah Lembu :

  • Lidah lembu (dipotong dadu)
  • 1 biji Bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas Bawang putih (dihiris halus)
  • 6 helai Daun Kari
  • 1 batang Kayu Manis
  • 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih
  • 3 sudu besar Serbuk Kari
  • 1 cawan Air (mengikut kesesuaian)
  • Garam, Gula dan Lada



Bahan-bahan Doh Karipap :

  • 100gm Tepung
  • 1 biji Telur
  • Secukup rasa Garam
  • 6 sudu Minyak Neuvida



Cara-cara Penyediaan Inti Lidah Lembu :

  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, kayu manis dan daun kari sehingga naik bau wangi.
  • Apabila sudah naik bau wangi, masukkan 1 serbuk jintan putih.
  • Selepas itu, kacaukan 3 sudu serbuk kari daging dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes.
  • Masukkan pes tersebut ke dalam bahan tumisan tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Apabila sudah pecah minyak, masukkan lidah lembu.
  • Gaul bahan-bahan tersebut sehingga menjadi pekat dan perasakan bersama garam, gula dan lada sulah.
  • Ketepikan sementara.



Cara-cara Penyediaan Doh Karipap :

  • Gaulkan tepung, telur dan garam sehingga sebati, dan uli adunan tersebut selama 5 minit sambil mencampurkan minyak neuvida ke dalamnya.
  • Kemudian, rehatkan doh tersebut dan bahagikan kepada 3 bahagian dan bulatkan doh itu.
  • Selepas itu ambil satu doh itu dan lenyekkan sehingga nipis dan susun inti kari lidah ke tengahnya dan lipatkan kulit karipap itu dan bentukkan menjadi segi empat tepat.
  • Akhir sekali sapukan kuning telur ke atasnya dan gorengkan selama 3 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment