Saturday, December 31, 2011

Belut Gulung Bersoskan Jeruk Bawang - Wahidan

Bahan-bahan Belut :
  • 1 ekor Belut
  • Tepung
  • Jus Limau
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Sulah

Bahan-bahan Sos :
  • 5 labu Bawang Merah Kecil (dihiris)
  • 3 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 2 inci Halia (dihiris)
  • 150gm Jeruk Bawang
  • 3 helai Daun Limau Purut
  • 3 sudu besar Sos Cili Maggi
  • 2 sudu besar Sos Tiram Maggi
  • 1 sudu teh Minyak Bijan
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu teh Garam

Cara-cara Penyediaan Belut :
  • Bersihkan belut dengan melumurkan tepung gandum untuk menghilangkan lendir pada belut.
  • Kemudian cuci dengan air hingga bersih, dan ratakan jus limau untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Cuci sekali lagi sehingga bersih dan keringkan dengan tisu bersih / tuala dapur yang bersih.
  • Kemudian asingkan tulang belut dan perapkan bersama garam dan lada sulah.
  • Akhir sekali, panaskan ketuhar dan masak selama 15 minit, dengan suhu 180C.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Panaskan minyak untuk menumis bahan yang dihiris sehinggga agak keperangan.
  • Kemudian, masukkan air sedikit agar bahan tumisan tidak hangit.
  • Selepas itu, masukkan daun limau purut, sos cili, sos tiram dan minyak bijan. Kacau sehingga pekat dan akhir sekali masukkan jeruk bawang dan perasakan ia bersama gula dan garam.
  • Susun belut yang dibakar tadi di atas pinggan hidangan yang telah dituang nasi.
  • kemudian letakkan sos di atas ikan tadi dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment