Tuesday, December 20, 2011

Sup Lidah Power Hujan Gerimis - Shahriah


Bahan-bahan :

  • Lidah Lembu (direbus sehingga empuk dan dihiris nipis)
  • Bawang Kecil
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Bunga Lawang
  • Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Buah Kesas
  • Lada Hitam
  • Bawang Kecil (dimayang untuk tumisan)
  • Bawang Putih (dimayang untuk tumisan)



Bahan-bahan Hiasan :

  • Tomato Ceri
  • Daun Ketumbar


  • Bawang Goreng
  • Limau Nipis



Cara-cara :

  • Kisar bawang kecil, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, buah kesas dan lada hitam sehingga lumat.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil dan bawang putih.
  • Kemudian, masukkan bahan-bahan yang dikisar dan masak sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan air dan didihkannya.
  • Apabila sudah mendidih, masukkan lidah dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada.



Susunan Hidangan :

  • Tuangkan sup lidah power hujan gerimis kedalam mangkuk dan hiaskannya bersama daun ketumbar dan tomato ceri.
  • Sedap dimakan bersama nasi.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment