Tuesday, December 20, 2011

Labu Savori & Manis - Deena


Bahan-bahan Labu Savori :

  • Labu (dipotong kecil)
  • ½ cawan Santan
  • 3 biji Cili Hijau (dikisar)
  • 3 biji Bawang Merah (dikisar)
  • ½ inci Kunyit (dikisar)
  • Garam dan Lada



Bahan-bahan Doh :

  • 200gm Tepung
  • 100gm Mentega
  • 1 biji Telur
  • Air



Bahan-bahan Labu Manis :

  • Labu (direbus sehingga empuk)
  • 125gm Tepung
  • 4 biji Telur
  • 125g Gula Halus
  • Krim Keju



Cara-cara Penyediaan Labu Savori :

  • Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  • Kemudian, masukkan labu dan santan dan masak sehingga labu lembut. Perisakan bersama garam dan lada.
  • Lenyekkan labu sehingga lembut dan masukkan di dalam tart.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Doh :

  • Gaul tepung dengan mentega sehingga ia menjadi seperti serbuk roti. Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga menjadi doh.
  • Tambahkan sedikit air jika doh agak kering. Rehatkan doh di dalam peti selama 15 minit.
  • Selepas itu, keluarkan doh dan canaikan ia dan letakkan di dalam bekas tart.
  • Bakar ia menggunakan ketuhar selama 15 minit sehingga masak.



Cara-cara Penyediaan Labu Manis :

  • Pukul telur dengan gula halus secara ‘bain marie’ sehingga kembang kepada 2 kali ganda.
  • Keluarkan dari ‘bain marie’ selepas adunan kembang dan ‘fold in’ kon tepung.
  • Bakar kek ‘sponge’ di dalam oven selama 15 minit, dengan suhu 180C.
  • Kemudian, gaulkan labu rebus dengan krim keju.
  • Lapiskan krim labu dengan kek ‘sponge’.
  • Ketepikan untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment