Tuesday, December 13, 2011

Udang Getak Sumbat Berkeju - Danial


Bahan-bahan :
  • Bawang Kuning
  • Bawang Putih
  • Jintan Putih
  • Serbuk Paprika
  • Serbuk Thymes
  • Zucchini
  • Whip Cream
  • Tomato
  • Limau Nipis
  • Udang Getak

Cara-cara :
  • Pertama sekali keluarkan isi udang dari cengkerangnya dan asingkan.
  • Selepas itu bawang putih, bawang kuning, tomato semua dipotong dadu.
  • Isi udang tadi digunting kecil dan dimasukkan ke dalam mangkuk.
  • Kemudian masukkan semua bahan cincang tadi dan campurkan sekali dengan isi udang itu.
  • Selepas itu masukkan setengah sudu kecil serbuk paprika dan jintan putih.
  • Masukkan sedikit lada hitam, garam, lada dan gula secukup rasa.
  • Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian tumiskan di atas pan.
  • Selepas agak hampir masak keluarkan dari pan dan letakkan dalam bekas asing.
  • Cengkerang udang tadi dibasuh sehingga bersih dan taburkan serbuk paprika di atas cengkerang.
  • Di dalamnya pula parutkan sedikit keju mozzarella kemudian masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit.
  • Selepas cengkerang dan nampak agak kemerahan dan keju telah cair, masukkan isi udang yang telah ditumis dengan bahan-bahan lain itu ke dalam cengkerangnya semula dan parutkan keju.
  • Kemudian masukkan semula ke dalam ketuhar selama 8 minit dan siap dihidang.

No comments:

Post a Comment