Friday, December 16, 2011

Peanut Butter & Chocolate Pie


Bahan Untuk Kulit Pie / Pie Crust / Shell apa2 jela nama dia..

  • 220g tepung gandum cap Sauh Kapal Titanic
  • 50g cornflakes di parut halus
  • 120g butter cap halal Jakim
  • susu lembu segar dari ladang ( kuantiti bgntung pada tahap kelembutan doh )
  • Sedikit esen vanila

    * Pukul butter dan gula sampai kembang dan sebati 
    * Masukkan tepung , jadikan ia seperti bread crumbs
    * Masukkan susu , dan sedikit esen vanilla
    * Kalau doh tu lembik , taruk tepung sikit..dan kalau doh tu keras macam batu , masukkan sedikit susu
    * Pastu simpan dalam peti besi yang sejuk , selama 15 minit.
    * Keluar kan dan tepek atas pie mould anda. Saiz 9" / 10" pun dapat gak rasa nya.

Untuk filling / isian pie
* 5 biji telur ayam saiz A yang original made in Malaysia dan dicuci terlebih dahulu.
* 1/2 cawan madu lebah ( bukan madu isteri suami korang hookay )
* 1 cawan peanut butter cap Nutella ( aku guna yang ada chocolate )
* 1/2 cawan susu cair
* sedikit esen vanilla

Mengikut resepi yang asal , ada masukkan gula , tapi oleh kerana aku seorang yang menjaga kesihatan walaupun kuat makan fastfood dan suka tidur selepas makan ,  aku tak masukkan gula sebab madu dan peanut butter tu dah memang manis. Nanti aku kene potong kaki , sapa nak kawen dengan aku? haha..

* Pukul semua bahan sehingga ia kembang dan sebati.
* Masukkan kedalam pie crust yang belum di bakor tadi. 
* Aku tapis guna penapis air cap Diamond ,  sebab bahan tadi berbuih selepas dipukul . Sekadar tidak mahu pie ku berlubang macam kawah bulan.
* Kemudian , sila lah seksa pie anda didalam oven made in Taiwan dengan suhu mencecah 180c selama 20minit atau pie itu kekuningan dan mengeras.
* Keluarkan dari oven. 
* Biar kan ia kesejukan di dalam peti sejuk , tabur sedikit kacang yang di blend kasar

No comments:

Post a Comment