Tuesday, December 20, 2011

Lidah Dua Cara - Imelda


Bahan-bahan :

  • 20 hirisan Lidah Lembu
  • 3 ulas Bawang Putih (ditumbuk kasar)
  • ½ biji Bawang Besar (dimayang)
  • 5 keping Cili Kering (direndam dan dipotong 1 inci)
  • ½ cawan Kacang Gajus
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • Gula dan Garam
  • Minyak



Cara-cara :

  • Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan dan naik bau wangi.
  • Masukkan cili kering dan kacang gajus dan biarkan sehingga separuh masak.
  • Selepas itu, masukkan lidah dan sos tiram. Gaul sehingga rata.
  • Apabila bahan0bahan tersebut sudah digaul rata, masukkan sedikit air dan masak hingga lidah menjadi empuk.
  • Perasakan bersama garam dan lada.



Susunan Hidangan :

  • Tuangkan lidah lembu dua cara di atas pinggan hidangan.
  • Sedap dimakan bersama nasi.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment