Monday, December 19, 2011

Sup Labu dan Labu Goreng - Amita


Bahan-bahan Sup Labu :

  • ½ biji Labu (kulit dipotong dan hiris nipis)
  • 30gm Mentega
  • 2 sudu besar Serbuk Kari
  • 100ml Air/Stok
  • 200ml Krim (kurangkan jika tidak mahu sup terlalu pekat dan tambahkan air/stok)
  • Secukup rasa Garam
  • 2 ulas Bawang putih (dicincang)



Bahan-bahan Labu Goreng :

  • 8 keping Labu (dihiris nipis)
  • Secubit Garam Halus
  • ½ mangkuk Minyak Masak



Cara-cara Penyediaan Sup Labu :

  • Panaskan mentega dan goreng labu sehingga lembut. Masukkan bawang putih dan serbuk kari dan goreng sekejap sahaja.
  • Masukkan air dan krim dan masak sehingga labu menjadi lembut. Tambahkan air jika sup terlalu pekat.
  • Masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sup menjadi halus.
  • Tuangkan semula ke dalam kuali yang bersih dan masukkan garam mengikut citarasa sendiri



Cara-cara Penyediaan Labu Goreng :

  • Perapkan hirisan labu dengan garam.
  • Panaskan minyak dan masukkan labu dan masak sehingga kedua-dua permukaan menjadi kuning keemasan.

No comments:

Post a Comment