Tuesday, December 6, 2011

Cekmek Molek


Bahan: (12-13 biji)

  • 2 cawan ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek) 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • gula 
  • minyak untuk menggoreng 

Cara-cara
  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Tips :
  1. Setelah letak gula di dalam kuih, pastikan jangan terlalu golek2kan kat tapak tangan sebab gula di dalam tu akan jadi cepat cair dan kuih akan pecah apabila di goreng.
  2. Apabila menggoreng, pastikan guna api yang sederhana sehingga agak2 kuih 3/4 masak, kemudian, kuatkan sedikit api untuk menjadikan kulit luar kuih cekmek molek garing.

No comments:

Post a Comment