Thursday, September 30, 2010

Masak Lemak Cili Padi Telur Itik


Bahan-bahan:

5/6 biji telur itik yang segar (jangan masuk angin)
1 1/2 biji kelapa (jadikan 2 mangkuk besar santan)
15/20 biji cili api (dikisar)
1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
2 batang serai (dititik)
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 helai pucuk kunyit (basuh dulu>lap bagi kering>hiris halus)
1 keping asam keping
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:

1) Masukkan santan dalam kuali.

2) Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi.

3) Masukkan asam keping.

4) Nyalakan api dapur. Masak kuah dahulu dengan api yang sederhana besar sambil kacau supaya santan tak bergentil.

5) Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukupnya.

6) Kacau perlahan-lahan. Biarkan kuah mendidih seketika.

7) Masukkan pula telur itik yang pertama. Jangan kacau kuah tetapi jiruskan sedikit demi sedikit kuah dengan lembut ke atas telur tu untuk mengelakkan telur dari hancur/pecah.

(Proses ni agak rumit sedikit kerana terpaksa tunggu telur pertama separuh masak, barulah dimasukkan telur yang kedua... tunggu hingga separuh masak juga.... dan begitulah seterusnya untuk telur yang terakhir).

8) Bila semua telur itik dah mula pejal, barulah dimasukkan serai dan hirisan pucuk kunyit. Kacau gulai perlahan-lahan.

9) Tunggu sehingga pucuk kunyit lecur/masak. Kemudian bolehlah tutup api dapur.

p/s: Korang juga boleh masukkkan 7/8 biji belimbing buluh yang dibelah dua untuk menggantikan pucuk kunyit tetapi dengan syarat jangan pulak letak asam keping...takut nanti gulai tu bertambah masam...SELAMAT MENCUBA....!!!

No comments:

Post a Comment