Friday, September 17, 2010

Makaroni Bakar


Bahan-bahan :

masak sebungkus macaroni, sedikit kenyal
2-3 mangkuk keju Cheddar, parut kasar
1 cawan daging/ayam cincang di rebus atau udang - biar mentah)
1½ cawan susu penuh krim
1 cawan kobis bunga, potong kecil
¼ cawan daun saderi/daun sup, dicincang
1 sudu makan daun bawang, dicincang
2 senduk mentega
Garam, gula dan lada hitam, secukup rasa

Cara-cara :

Panaskan ketuhar pada 150°C.
Lengserkan bekas/dulang pembakar dengan mentega
campurkan semua bahan lain kecuali keju dan separuh drpd. susu, gaul rata
Letakkan satu lapisan campuran makaroni dalam bekas pembakar
Letakkan pula satu lapisan keju parut
Ulang proses, selang seli
Curahkan susu pada lapisan terakhir
Taburkan sedikit garam & lada hitam di atas
Boleh taburkan lagi keju di atas sekali
Bakar selama 30 minit/sehingga masak

No comments:

Post a Comment